Home > Bahasa Melayu
Masjid RIPAHS Adakan Walkaton
March 18th, 2023 | 07:06 AM | 138 views
RIMBA
Kelas Al-Quran dan Muqaddam Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAHS), Kampung Rimba dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir dan Muslimah Masjid RIPAHS, Kampung Rimba pagi tadi menganjurkan acara walkaton bertempat di luar perkarangan masjid berkenaan, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat dan turut menyertai walkaton tersebut ialah Ketua Kampung Rimba, Awang Puspa bin Haji Mohammad Noor.
Acara dimulakan dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Masjid RIPAHS, Pengiran Md Nur Firdaus bin Pengiran Metussin diikuti dengan ucapan daripada Penolong Pengerusi Masjid RIPAHS, Awang Haji Sudirman bin Haji Metusin.
Sejurus selepas itu diteruskan dengan senamrobik memanaskan badan dan seterusnya walkaton sejauh 1.5 kilometer bermula dan berakhir di Masjid RIPAHS.
Tujuan acara walkaton tersebut adalah bagi penutupan Kelas Al-Quran dan Muqaddam Masjid RIPAHS sempena cuti penggal persekolahan pertama.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]