FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Memperingati Penubuhan Jabatan Penjara Ke-69


 


 March 18th, 2023  |  07:09 AM  |   160 views

TUTONG

 

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman menjelaskan berdasarkan rekod, 'residivis' bagi kohort tahun 2018 adalah sebanyak 7.53 peratus (40 orang daripada 531 jumlah banduan yang dibebaskan); kohort tahun 2019 sebanyak 8.77 peratus (54 orang daripada 616 jumlah banduan yang dibebaskan); dan kohort tahun 2020 meningkat yang amat ketara sehingga 14.61 peratus (84 orang daripada 575 jumlah banduan yang dibebaskan).

 

Yang Berhormat menyatakan perkara berkenaan pada Upacara Perbarisan sempena Memperingati Penubuhan Jabatan Penjara Ke-69 Tahun 2023, berlangsung di Padang Kawad, Pusat Latihan, Jabatan Penjara, di sini.

 

"Menyedari akan pentingnya untuk menangani 'recidivism' ini, saya difahamkan bahawa Jabatan Penjara secara berterusan menyediakan dan melaksanakan beberapa program seperti kerohanian termasuklah Kelas Ugama; Kelas Iqra; Kelas Hafazan Quran; Membaca Surah Yaa Siin; Tahlil dan Zikir; Kelas Menghafaz Al-Quran; program kaunseling seperti sesi kaunseling dan ceramah-ceramah motivasi; program pemulihan fizikal seperti latihan jasmani, kawad dan sukan; dan ini juga termasuk program latihan kemahiran vokasional seperti pertukangan kayu, pertanian, memasak dan landskap sebagai usaha untuk memberi para banduan kemahiran dalam membantu mereka mempersiapkan diri apabila bebas nanti untuk mencari sebarang pekerjaan yang bersesuaian," ujar Yang Berhormat lagi.

 

Terdahulu upacara dimulakan dengan Pegawai Pemerintah Perbarisan melaporkan perbarisan siap sedia untuk diperiksa dan seterusnya tetamu kehormat majlis memeriksa barisan.

 

Kemudian perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat jalan dan diikuti dengan perbarisan mara ke hadapan untuk diperhati semula.

 

Seterusnya, Pegawai Pemerintah Perbarisan melaporkan perbarisan sempurna dijalankan dan mohon kebenaran untuk menjalankan tugas-tugas seterusnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16