FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Graduan AWE Diraikan


 


 March 18th, 2023  |  07:10 AM  |   180 views

JERUDONG

 

Majlis Graduasi bagi para peserta Academy for Women Entrepreneurs (AWE) Brunei kohort kedua, menandakan berakhirnya program selama enam bulan tersebut yang telah dibiayai oleh Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Negara Brunei Darussalam dan difasilitasi oleh Darussalam  Enterprise (DARe).

 

Majlis graduasi yang berlangsung di Dewan 1 Bridex itu merupakan salah satu acara Festival Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Brunei 2023, iaitu pameran bagi perniagaan-perniagaan tempatan yang diadakan selama empat hari, bermula kelmarin, di Bridex.

 

Pada majlis tersebut, tiga orang graduan yang memperoleh kedudukan tempat tiga teratas (Top 3) masing-masing menerima pembiayaan 'seed funding' berjumlah USD3,000.

 

Program berkenaan melibatkan 30 orang peserta yang dipilih daripada 183 orang pemohon, di mana mereka telah menamatkan 13 modul perniagaan melalui platform latihan atas talian, DreamBuilder.

 

DreamBuilder direka oleh Sekolah Pengurusan Global Thunderbird, Universiti Negeri Arizona dan syarikat perlombongan Freeport-McMoRan bagi memberi panduan langkah demi langkah kepada para usahawan dalam memulakan dan memperkembangkan perniagaan mereka melalui kandungan yang interaktif serta praktikal.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut dan seterusnya menyampaikan replika cek kepada peserta Top 3 ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah juga selaku Pengerusi Brunei Economic Development Board (BEDB) dan Darussalam Enterprise (DARe).

 

Dalam ucapannya, Duta Besar Istimewa dan Mutlak AS ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Caryn McClelland berkata, idea inovatif dan semangat keusahawanan para peserta program tersebut adalah kenapa pihaknya sangat percaya dalam meneruskan program berkenaan.

 

Menurutnya, program itu menggabungkan dua matlamat utama mereka iaitu memperkasa para wanita dan membantu Brunei dalam usahanya untuk mempelbagaikan ekonomi melalui keusahawanan.

 

"AWE merupakan inisiatif Jabatan Negara AS bagi memperkasa para wanita untuk memenuhi potensi ekonomi mereka dan sekali gus mewujudkan keadaan bagi peningkatan terhadap kestabilan, keselamatan dan kemakmuran untuk semua.

 

"Ia pada masa ini beroperasi di lebih 80 buah negara di seluruh dunia dengan keramaian 15,000 peserta.

 

Program berkenaan memberikan para pengusaha wanita pengetahuan, rangkaian dan akses yang mereka perlukan untuk melancarkan dan memperkembangkan perniagaan yang berjaya," ujarnya.

 

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BEDB dan DARe, Daniel Leong memberitahu, selain program AWE, beberapa graduan dari kohort pertama telah menyertai Sidang Kemuncak AWE 2023 di Kuala Lumpur, di mana para peserta saling bertukar pengetahuan, kaedah terbaik, di samping memperluaskan kapasiti serta rangkaian mereka dengan 200 orang usahawan wanita berjaya.

 

Bagi menentukan perniagaan Top 3, sebanyak 17 usahawan telah membuat pembentangan kepada panel-panel hakim yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Awam Kedutaan AS, Jeff Barrus; Ketua Kaunselor Perniagaan Shell LiveWIRE Brunei, Afiq Mohammed; CEO Nextacloud, Agus Muslim; Pengasas Roots, Dilys Chai dan Pengasas Tasanne Fast Food, Jia Chee Lee.

 

Sesi pembentangan diadakan di Main Auditorium, Bangunan Reka Bentuk dan Teknologi pada Khamis, 16 Februari yang lalu.

 

AWE dilancarkan di negara ini pada bulan Oktober 2021 menjelang Sidang Kemuncak ASEAN yang menyaksikan Negara Brunei Darussalam menjadi pengerusi sidang itu, bagi menyokong beberapa matlamat sosioekonomi ASEAN.

 

AWE dibukakan kepada para usahawan di negara ini yang berumur antara 18 hingga 40 tahun yang baharu memulakan dan menjalankan perniagaan, selain mempunyai latar belakang dan latihan dalam bidang perniagaan yang terhad.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16