FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Semai Semangat Cintakan Al-Quran Al-Karim


 


 March 18th, 2023  |  07:12 AM  |   228 views

BOLKIAH GARISON

 

Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengadakan Majlis Khatam Al-Quran hari ini bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39 bertempat di Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison di sini.

 

Hadir pada majlis berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof,  yang juga memulakan majlis dengan memimpin bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah.

 

Majlis Khatam Al-Quran berkenaan disusuli dengan Dikir Marhaban dan Doa Khatam Al-Quran yang diketuai oleh Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim.

 

Tazkirah bertajuk 'Persiapan Bagi Ramadan' menyerikan lagi acara pada pagi tadi yang disampaikan oleh Kapten Md. Farid bin Md. Raffi yang antara lain menyatakan Ramadan antara bulan yang ditunggu-tunggu oleh sekalian umat Islam dan bulan ini mempunyai kelebihan daripada bulan-bulan yang lain dan juga merupakan peluang untuk melipatgandakan lagi amal ibadat kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala sama ada amalan-amalan fardu dan sunat.

 

Menurut Kapten Md. Farid, antara amalan-amalan yang dianjurkan pada bulan Ramadan itu antaranya sunat untuk bersahur dan ia mengandungi keberkatan, memperbanyakkan amalan sedekah dan kita juga menghidupkan malam Ramadan dengan mengerjakan Sembahyang Sunat Tarawih Secara Berjemaah di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat.

 

Kapten Md. Farid seterusnya menegaskan agar tidak sesekali meninggalkan Sembahyang Sunat Witir kerana ia merupakan sembahyang sunat muakkadah (sunat yang dituntut) yang mengiringi dengan Sembahyang Sunat Tarawih.

 

Tambahnya lagi, Ramadan merupakan bulan Al-Quran dan oleh itu, perbanyakkanlah membaca Al-Quran, raihlah peluang untuk khatam Al-Quran sekurang-kurangnya satu juz setiap hari agar dapat khatam Al-Quran sekali dalam bulan Ramadan.

 

"Jadikanlah bulan Ramadan yang akan tiba ini sebagai penggerak yang membawa kepada perubahan yang besar dalam diri kita dan mampu mendidik hati dan jiwa kita untuk sentiasa patuh mengerjakan segala yang diperintah dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

 

"Mudah-mudahan ibadat puasa yang kita kerjakan sepanjang bulan Ramadan ini diterima dan mendapat ganjaran serta keredaan dari Allah Subhanahu Wata'ala," katanya lagi.

 

Juga hadir, Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; peringkat kepimpinan; para pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.

 

Majlis tahunan berkenaan adalah bertujuan bagi menzahirkan rasa penuh kesyukuran dan memanjat doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala untuk keamanan dan kemakmuran Negara Brunei Darussalam serta mengagungkan kesucian Al-Quran Al-Karim.

 

Pada masa yang sama, menyemai semangat mencintai dan menghayati Al-Quran Al-Karim dalam kalangan pegawai, kakitangan serta anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16