FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Imarah Ramadan Dengan Tadarus Al-Quran


 


 April 1st, 2023  |  07:53 AM  |   94 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Lebih 70 ahli daripada 13 persatuan di bawah payung Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD) menyertai Majlis Tadarus Juzuk 3 bagi Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB), hari ini.

 

Majlis anjuran Jawatankuasa Wanita PGGMB dengan sokongan padu dari Ahli Jawatankuasa Tertinggi PGGMB itu berlangsung di Dewan Bangunan PGGMB, Jalan Kianggeh, di sini.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Naib Yang Di-Pertua I MWNBD, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam binti Pengiran Haji Matarsat.

 

Ia kemudian diisikan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Selawat Tafrijiyyah beramai-ramai serta doa sebelum memulakan bacaan Al Quran. Majlis Tadarus dimulakan dengan bacaan Al-Quran Juzuk 3.

 

Sementara itu, bacaan Doa Selamat dipimpin oleh Dayang Hajah Halimah binti Md Ya'akub diikuti dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Dayang Hajah Jusnani binti Awang Taha.

 

Selain Tadarus yang dianjurkan oleh MWNBD, Jawatankuasa Wanita PGGMB juga mengikuti pembacaan Al-Quran melalui pembahagian juzuk oleh Bahagian Keagamaan PGGMB yang mana majlis merupakan salah satu acara tahunan PGGMB.

 

Majlis ini nanti akan disusuli dengan acara kemuncak Majlis Khatam Al-Quran bagi ahli-ahlinya. Majlis juga akan diselajurkan dengan penyampaian derma kebajikan dan derma anak-anak yatim Ahli PGGMB pada 7 April ini.

 

Sementara aktiviti Tadarus Ramadan anjuran MWNBD dilancarkan pada 24 Mac 2023.

 

Sebelum itu juzuk-juzuk bacaan 30 Juzuk juga diagihkan kepada Ahli Lembaga Tadbir dan Wakil Tetap serta kesemua 13 persatuan di bawah payung MWNBD dan Majlis tadarus akan diakhiri dengan Majlis Khatam Al-Quran pada 16 April ini nanti.

 

Selain PGGMB, beberapa persatuan iaitu Persatuan Siswazah Wanita (PSW), Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD), pertubuhan WI dan PKP Kuala Belait telah mengambil insiatif untuk mengadakan Tadarus sesama ahli persatuan masing-masing.

 

Aktiviti Tadarus telah membuka peluang kepada para ahli persatuan mengisi masa Ramadan dengan pembacaan Al-Quran demi meningkatkan mutu bacaan di samping meraih keberkatan dan limpahan pahala yg berlipatganda pada bulan mulia ini serta seterusnya memupuk ukhuwah Islamiah semata-mata kerana Allah Subhanahu Wata'ala.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16