Home > Bahasa Melayu
Berangkat Tiba Di Madinah Al-Munawwarah
April 13th, 2023 | 07:21 AM | 310 views
SAUDI ARABIA
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, hari ini berangkat tiba di Madinah Al-Munawwarah.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah ahli-ahli kerabat diraja.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri di Madinah Al-Munawwarah dijunjung oleh His Royal Highness Prince Saud Khalid Al-Faisal, Timbalan Gabenor Madinah.
Semasa berada di Madinah Al-Munawwarah, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berangkat menziarahi Maqam Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan menunaikan Sembahyang Fardu Subuh serta ibadat di Raudhah, Masjid An-nabawi.
Bagi umat Islam, Masjid An-nabawi merupakan tempat kedua paling suci selepas Masjidil Haram di Mekah Al-Mukarramah, dan masjid kedua dibina setelah Masjid Quba oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ketika berhijrah ke Madinah.
Masjid ini mempunyai kawasan yang suci iaitu Raudhah ul-Jannah (Taman Syurga) kerana kesuciannya yang disebut dalam Hadis Nabi Muhammad; termasuk terletaknya maqam sahabat-sahabat Baginda, Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq dan Sayyidina 'Umar bin Al-Khattab.
Masjid tersebut juga menjadi pusat ibadah dan kegiatan keagamaan, bukan hanya umat Islam setempat, tapi juga dari seluruh dunia serta dikun
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]