FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penyelidikan Untuk Majukan Pembangunan Wanita


 


 April 18th, 2023  |  06:44 AM  |   149 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) mengadakan Majlis Penandatanganan Perjanjian Penyelidikan Mengenai Pembangunan Wanita di Negara Brunei Darussalam (NBD) dengan Pusat Kajian Strategik dan Dasar (Centre for Strategic and Policy Studies - CSPS), hari ini, di Bangunan KKBS, di sini.

 

Hadir menyaksikan penandatanganan tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Awang Haji Mohammad Asyraf bin Mohammad Ali dan diteruskan dengan Majlis Penandatanganan Perjanjian antara pihak KKBS dan CSPS yang diwakili oleh Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), KKBS, Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari dan Pengarah Eksekutif CSPS, Dr. Diana Cheong.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap (Ekonomi, Perdagangan dan Industri), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Dr. Dayang Hajah May Fa'ezah binti Haji Ahmad Ariffin serta pegawai-pegawai kanan dari KKBS.

 

CSPS telah dilantik pada 7 April 2022 untuk melaksanakan penyelidikan. Penyelidikan ini dijalankan berdasarkan mandat yang diberikan oleh Majlis Kebangsaan Isu Sosial (MKIS) kepada Jawatankuasa Khas Institusi Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak untuk mengenal pasti status pembangunan wanita di negara ini termasuk peluang dan cabaran yang mereka hadapi demi memastikan kaum wanita di negara ini dapat mengecapi tahap pembangunan yang saksama.

 

Antara objektif penyelidikan ini ialah untuk melengkapkan pengumpulan data kebangsaan dan mengenal pasti jurang dengan keperluan data antarabangsa serta cabaran semasa bagi wanita di NBD.

 

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memajukan pembangunan wanita bagi mendukung penyediaan Pelan Tindakan Wanita di bawah MKIS melalui penggubalan dasar atau program ke arah kesaksamaan dan pembangunan yang lebih bermakna untuk wanita di NBD.

 

Penyelidikan ini telah bermula pada 7 April 2022 dan dilaksanakan melalui kaedah temu bual secara bersemuka bersama responden yang terpilih secara rawak dari pelbagai peringkat penduduk umum wanita dewasa yang berumur 15 tahun ke atas.

 

Seramai 1,400 isi rumah dipilih dan ia juga melibatkan 280 responden lelaki dan seramai 400 responden pula terdiri daripada 'at-risk groups' seperti penerima bantuan kebajikan bulanan, warga emas, orang kelainan upaya dan mangsa keganasan rumah tangga.

 

Selain itu, dua sesi forum juga telah dikendalikan pada 8 Disember 2022 dan 18 Januari 2023 yang melibatkan pelbagai pihak dari sektor kerajaan, swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan bagi mendapatkan pandangan dan ulasan tambahan bagi melengkapi penyelidikan tersebut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16