FacebookInstagramTwitterContact

 

Inter Regu National League Sepak Takraw           >>           Singapore Premier League           >>           Briefing on STEAM Education           >>           Mental Health Roadshow           >>           Mental Health Roadshow           >>           Outstanding Academic Award Presentation           >>           Implementation of TAFIS 2.0 System           >>           9 Houses Razed in Fire           >>           9 Houses Razed in Fire           >>           Donation Presentation           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Persiapan Giat Dijalankan Menjelang Sukan SEA


 


 April 20th, 2023  |  07:22 AM  |   517 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Latihan-latihan intensif giat dilaksanakan menjelang Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-32, Kemboja 2023, yang akan membuka tirai pada 5 Mei hingga 17 Mei 2023 nanti.

 

Acara Pencak Silat merupakan salah satu acara yang akan disertai oleh kontinjen Negara Brunei Darussalam (NBD) dengan 10 atlet negara akan bersaing dalam lapan kategori iaitu empat Acara Tanding dan empat Acara Seni.

 

Dalam tinjauan Pelita Brunei ke Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini, atlet-atlet kebangsaan Pencak Silat terus memantapkan lagi prestasi masing-masing bagi persiapan menjelang Sukan SEA Ke-32, Kemboja 2023.

 

Salah seorang atlet Pencak Silat, Awang Mohammad Hazim bin Ramliee, 23 tahun, ketika ditemui menzahirkan perasaan gembira dan tidak menyangka telah dipilih sebagai salah seorang wakil negara yang akan bertanding di dalam acara Pencak Silat bagi Acara Seni Beregu Lelaki nanti.

 

Menurutnya lagi, Sukan SEA Ke-32 ini merupakan penyertaan beliau buat kali pertama dan menyasarkan untuk membawa pulang pingat, sekali gus mengharumkan nama negara.

 

Menyentuh mengenai negara yang akan memberikan saingan katanya, ialah kontinjen dari Indonesia, termasuk juga negara-negara yang lain.

 

Sementara itu, Awang Muhammad Haziq Aqwa bin Md Iman Safwan, 19 tahun, yang juga buat pertama kali menyertai Sukan SEA, menjelaskan mengenai sesi latihan yang diadakan dalam sesi pagi dan petang setiap hari kecuali Ahad.

 

Awang Muhammad Haziq Aqwa yang juga akan menyertai Acara Seni Beregu Lelaki seterusnya mengongsikan, latihan yang dijalankan pada masa ini lebih tertumpu kepada 'check timing' dan tinggal penghalusan sahaja lagi.

 

Beliau juga menanamkan semangat untuk bertanding bersama pesilat-pesilat dari luar negara, dan akan membuat yang terbaik serta berharap untuk mendapatkan pingat nanti.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hundreds Feared Dead In Afghanistan Flash Flooding

 2024-05-12 01:56:04

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59