FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Menerajui PGGMB Agar Lebih Berdaya Saing, Relevan


 


 May 15th, 2023  |  07:29 AM  |   78 views

SUNGAI AKAR

 

Pihak pengurusan Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) diseru untuk meningkatkan usaha yang pro-aktif dalam mempromosi untuk menambah keahlian baharu khasnya dalam kalangan generasi muda.

 

Ini adalah bagi memastikan adanya pelapis dan generasi penerus dalam menerajui pentadbiran dan pengurusan PGGMB agar lebih berdaya saing, relevan serta membawa perspektif baharu kepada persekutuan.

 

Perkara tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dr. Dayang Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin semasa berucap selaku tetamu kehormat pada Majlis Pembukaan Rasmi Mesyuarat Agung Perwakilan PGGMB Kali Ke-73 bertempat di Dewan Sekolah PGGMB, Sungai Akar, di sini.

 

Kementerian Pendidikan ujarnya telah dan akan terus menyediakan platform bagi pembarigaan terutama sekali semasa program induksi pegawai-pegawai bergaji hari yang dikendalikan oleh Jabatan Pengurusan Pendidik Kementerian Pendidikan.

 

Selain itu tambahnya, dengan cabaran pendidikan masa kini, Kementerian Pendidikan turut mengalu-alukan sumbangan dan penglibatan aktif PGGMB dalam sama-sama menggembleng tenaga untuk mengukuhkan sektor pendidikan negara.

 

Dengan pengalaman dan latar belakang PGGMB terang beliau lagi, sumbangan ini boleh diterjemahkan dalam bentuk sokongan perkembangan profesional guru-guru tempatan melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan khasnya Akademi Guru dan Kepimpinan Brunei Darussalam (BDLTA) dalam merangka program yang sesuai dalam mengukuhkan lagi profesionalisme guru-guru dan memupuk etika perguruan yang elok dihayati dalam perkhidmatan.

 

Menurutnya, ini adalah penting bagi memberikan suatu landasan untuk guru-guru generasi masa kini mendapatkan sokongan dari mereka yang kaya dengan pengalaman dari segi nilai-nilai yang penting untuk mengukuhkan kedayatahanan (grit) dan juga kebolehan untuk berinovasi.

 

Dengan pengalaman seusia PGGMB, beliau yakin bahawa perkhidmatan pendidikan yang berkualiti tinggi, sesuai dengan tuntutan dan peredaran masa adalah sentiasa menjadi keutamaan pihak persekutuan.

 

Dalam pada itu, penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti juga adalah asas penting bagi memastikan sekolah-sekolah PGGMB akan dapat bersaing dengan Institusi Pendidikan Swasta lain dalam aspek pencapaian akademik dan kokurikulum.

 

Dengan adanya sesi permesyuaratan pada hari ini, beliau melahirkan harapan agar ahli-ahli PGGMB akan dapat membuat perancangan dan hala tuju yang strategik dan relevan serta mencapai keselarasan keputusan ke arah mengembangkan dan memajukan lagi PGGMB di negara ini.

 

Terdahulu, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Di-Pertua PGGMB, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman diikuti dengan penyampaian Sijil Pelajar Cemerlang kepada murid-murid sekolah-sekolah PGGMB yang berjaya mendapat 5 'A' dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) Tahun 2022.

 

Mesyuarat Agung Perwakilan diadakan setiap tahun untuk memutuskan kegiatan-kegiatan yang dilaksanakan sepanjang tahun.

 

Dalam acara tersebut, majlis menyemak, membincangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan kali Ke-72 sesi 2021-2022.

 

Majlis diteruskan dengan pembentangan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan selain turut membincangkan hal-ehwal kewangan, ekonomi, kebajikan, pendidikan dan kemasyarakatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16