Home > Bahasa Melayu
80 Anak Yatim Diraikan Pada Sambutan Hari Raya
May 15th, 2023 | 07:41 AM | 106 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dalam meraikan kemeriahan Hari Raya yang masih berbaki seminggu sahaja lagi, Yayasan Amal Zahara menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk anak-anak yatim bertempat di The Emperor's Court dan Fun Blocks Edutainment yang diadakan pada 12 Mei lepas.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub selaku Presiden Yayasan Amal Zahara, yang juga turut berkesudian untuk menyampaikan sumbangan kepada 80 anak yatim daripada sekitar Daerah Brunei Muara.
Yayasan berkenaan juga turut menyediakan pelbagai permainan untuk kanak-kanak dan juga gula-gula kapas termasuklah bermain di taman permainan Fun Blocks Edutainment, bagi memberi pengalaman berharga yang tidak dapat dilupakan oleh anak-anak yatim.
Yayasan Amal Zahara mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dengan berkongsi kasih sayang, memupuk belas kasihan dan memberikan sokongan kepada anak-anak yatim.
Melalui acara seperti Sambutan Hari Raya tersebut, ia bertujuan untuk mencipta impak positif dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk sama-sama berganding bahu dalam mewujudkan persekitaran di mana anak-anak yatim merasa dihargai dan menjadi sebahagian daripada komuniti penyayang.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]