Home > Bahasa Melayu
Gagal Beri Kontrak Secara Bertulis, Kegiatan Pembuat Roti Didenda
May 30th, 2023 | 08:11 AM | 46 views
KUALA BELAIT
Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Cawangan Daerah Belait, Jabatan Buruh telah menjalankan Operasi Kelinga 106/2023 di kawasan Kuala Belait pada 22 Mei 2023, bertujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan 2009 dipatuhi oleh para majikan.
Pemeriksaan yang dijalankan ke atas kegiatan Pembuat Roti, mendapati satu kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan 2009, yang dilakukan oleh majikan, iaitu Bab 10 majikan tidak menyediakan kontrak perkhidmatan secara bertulis.
Bagi kesalahan tersebut, jika sabit kesalahan, majikan boleh dikenakan denda kompaun sebanyak BND600.00 bagi kesalahan pertama dan BND900.00 bagi kesalahan kedua. Bagi kesalahan ketiga ataupun jika gagal membayar denda kompaun tersebut, majikan akan dihadapkan ke mahkamah.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Buruh ingin mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya. Para majikan adalah dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009.
Untuk makluman lebih lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh di talian +673 2381848 (semasa waktu bekerja) atau +673 7298989 (di luar waktu bekerja).
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]