FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Usaha Dukung Kestabilan, Keselamatan Rantau ASEAN


 


 May 30th, 2023  |  08:32 AM  |   74 views

RUSSIA

 

Negara Brunei Darussalam (NBD) akan sentiasa menitikberatkan keutamaan 'ASEAN Centrality' dalam usaha mendukung kestabilan dan keselamatan di rantau ini.

 

Ke arah itu, NBD dan negara-negara ASEAN yang lain turut bersedia untuk mengukuhkan hubungan kerjasama yang sudah lama terjalin dengan rakan-rakan dialog ASEAN seperti Persekutuan Rusia termasuk di dalam bidang keselamatan.

 

Perkara tersebut dinyatakan oleh Timbalan Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu, selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negara semasa Mesyuarat '3rd ASEAN Russia Consultations of the High-Ranking Representatives for Security Issues' yang berlangsung sempena 'XI International Meeting of High-Ranking Officials Responsible for Security Matters' di Moscow, Persekutuan Rusia pada 23 Mei 2023.

 

Mesyuarat '3rd ASEAN Russia Consultations of the High-Ranking Representatives for Security Issues' telah dipengerusikan bersama oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Nikolai Patrushev dan Tuan Yang Terutama Leftenan Jeneral Ke Da wakil Kerajaan Kemboja selaku Negara Penyelaras bagi Hubungan Dialog ASEAN-Persekutuan Rusia.

 

Hadir pada mesyuarat tersebut ialah Menteri-Menteri serta Pegawai-Pegawai Kanan dari negara-negara ASEAN.

 

Sementara itu, Mesyuarat 'XI International Meeting of High-Ranking Officials Responsible for Security Matters' telah berlangsung selama tiga hari bermula dari 23 hingga 25 Mei 2023 dan dihadiri oleh wakil-wakil dari 101 buah negara.

 

Seterusnya pada 25 Mei 2023, Yang Mulia Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan kenyataan semasa sesi 'roundtable' yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri, Ministry of Internal Affairs of the Russian Federation, Mr. Ivan Zubov mengenai isu kerjasama antarabangsa dalam pembanterasan jenayah penyeludupan dadah.

 

Terlebih dahulu, delegasi NBD turut berpeluang untuk mengadakan mesyuarat dua hala dengan Pejabat Eksekutif Majlis Keselamatan Persekutuan Rusia pada 22 Mei 2023 bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Memorandum Persefahaman di antara Jawatankuasa Keselamatan Negara,

 

NBD dan Majlis Keselamatan Persekutuan Rusia yang telah termeterai sejak bulan Jun 2019.

 

Turut hadir, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Pengiran Muhammad Husaini bin Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin; Setiausaha Tetap (Sekuriti dan Undang-Undang) Jabatan Perdana Menteri, Dayang Hajah Nor Hashimah binti Haji Mohammed Taib dan pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Perdana Menteri.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16