FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


BIBD Kekalkan Penarafan A- Stable Oleh S&P Global


 


 July 1st, 2023  |  09:25 AM  |   129 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) hari ini mengumumkan bahawa BIBD sekali lagi menerima penarafan A- Stable daripada agensi penarafan kredit antarabangsa terkemuka, S&P Global.

 

Pengesahan berkenaan dibuat ketika BIBD meraikan ulang tahunnya yang ke-30 pada 2023, menandakan dedikasi selama tiga dekad untuk menyediakan perkhidmatan kewangan Islam kepada pelanggannya yang dihargai sambil berkhidmat kepada masyarakat dan negara.

 

Sejak 2015, BIBD secara konsisten mengekalkan penarafan berkenaan sebagai menekankan komitmen bank terhadap permodalan yang teguh dan profil pembiayaan yang sihat.

 

Penilaian S&P Global mengakui bahawa faktor-faktor berkenaan akan terus menyokong pertumbuhan dan daya tahan BIBD pada tahun-tahun akan datang.

 

Laporan S&P Global juga menyerlahkan kepentingan sistemik BIBD yang ketara dalam sektor kewangan Negara Brunei Darussalam (NBD).

 

Kestabilan asas deposit BIBD dan kedudukan mudah tunai yang kukuh menguatkan lagi peranannya sebagai sebuah institusi kewangan yang boleh dipercayai di negara ini.

 

Dedikasi BIBD terhadap faktor kredit alam sekitar, sosial dan tadbir urus (environmental, social, and governance-ESG) turut diperhatikan oleh S&P Global.

 

Melalui Rangka Kerja Kelestarian BIBD dan komitmen untuk menegakkan prinsip Maqasid Syariah, BIBD berusaha untuk menegakkan amalan perbankan yang mampan dan pembiayaan yang bertanggungjawab, memastikan operasinya menyumbang secara positif kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.

 

"Alhamdulillah, semasa kami meraikan ulang tahun ke-30 BIBD tahun ini, penarafan kami menjadi bukti tadbir urus korporat dan amalan pengurusan risiko kami yang teguh.

 

"Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan dedikasi kami terhadap kecemerlangan tetapi juga menyerlahkan sejauh mana kami telah melangkah sejak penubuhan kami. Ia mendorong kami untuk terus maju, melayani pelanggan kami sambil sentiasa mengekalkan keseimbangan antara keperluan komuniti kami dan kewajipan kami untuk berkhidmat kepada negara secara keseluruhan.

 

"Semasa kami memulakan bab seterusnya dalam perjalanan kami, kami kekal teguh dalam misi kami untuk terus berkembang dan memberi kesan positif dalam kehidupan pelanggan kami, pihak berkepentingan dan negara," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri.

 

Beliau seterusnya menambah bahawa pencapaian berkenaan dicapai melalui usaha bersepadu dan bimbingan daripada Lembaga Pengarah, Badan Penasihat Syariah, pengurusan dan kakitangan.

 

Usaha gigih mereka katanya lagi adalah penting untuk mencapai dan mengekalkan penarafan berprestij berkenaan.

 

"BIBD merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada semua pemegang saham, pelanggan dan pihak berkepentingan atas kesetiaan dan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan kerana memilih BIBD sebagai rakan kongsi dipercayai mereka dalam perjalanan kewangan mereka," ujar Awang Junaidi lagi.

 

Pertumbuhan BIBD yang mantap dan kedudukan kewangan yang kukuh telah membolehkannya berkhidmat kepada masyarakat dan negara dengan berkesan.

 

Dengan rangkaian luas produk dan perkhidmatan yang disesuaikan dengan keperluan pelanggan yang pelbagai, BIBD terus memainkan peranan yang membina dalam kemajuan ekonomi NBD.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16