FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lawatan Kebawah DYMM Pamer Keprihatinan, Kewibawaan


 


 July 3rd, 2023  |  10:14 AM  |   60 views

RIMBA

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke rumah penerima Penggeranan Tanah-tanah Lesen Tumpang Sementara (LTS) di bawah Skim Penggeranan Tanah LTS bagi Daerah Brunei dan Muara (DBM) dan Daerah Temburong serta Penganugerahan Anak-anak Kunci Rumah, Unit Pangsapuri dan Lot-lot Tanah di bawah Skim Perumahan Negara bagi DBM.

 

Pada atur cara Lawatan Kerja baginda sempena Majlis Penyempurnaan Penganugerahan Penggeranan Tanah-tanah LTS di Bawah Skim Penggeranan Tanah LTS bagi DBM dan Daerah Temburong dan Penganugerahan Anak-anak Kunci Rumah Teres dan Unit Pangsapuri serta Lot-lot Tanah di bawah Skim Perumahan Negara bagi DBM di bawah Skim Perumahan Negara bagi DBM, mula-mula Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan dijunjung berangkat melawat ke rumah-rumah para peserta yang menerima anak-anak kunci rumah di bawah RPN Rimba iaitu Awang Rosnan bin Haji Abd Rahman dan Awang Mohamad Arman bin Haji Abdullah.

 

Setakat tahun 2022, lebih 29 ribu buah rumah dan lot tanah telah pun diperuntukan kepada pemohon yang berkelayakan dengan jumlah terbesar di DBM iaitu sebanyak 18,955 buah rumah dan lot tanah.

 

Dari rumah para penerima itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya dijunjung berangkat ke rumah Pemangku Ketua Kampung Kawasan 5, Rancangan Perumahan Negara Rimba, Awang Md. Salleh bin Haji Ahmad.

 

Awang Md. Salleh mula menerima lantikan sebagai Pemangku Ketua Kampung pada 1 September 2019 dan pada masa ini menjalankan pentadbiran Kawasan 6, RPN Rimba. Seramai 5,843 penduduk Kampung Kawasan 5 dan 6, RPN Rimba yang mempunyai keluasan 169.73 hektar. Kampung tersebut dilengkapkan dengan prasarana seperti bekalan air dan elektrik, jalan raya, sekolah dan sebagainya.

 

Dari rumah Ketua Kampung Kawasan 5 RPN Rimba, Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian berkenan berangkat ke rumah peserta-peserta yang menerima Penggeranan Tanah-tanah LTS di bawah Skim Penggeranan LTS iaitu Dayang Noorshafenah binti Haji Abidin di Kampung Lambak Kiri, Mukim Berakas; dan Awang Haji Abdul Karim bin Awang Abdullah di Kampung Lambak Kiri 'A', Mukim Berakas.

 

Skim Penggeranan LTS mula dilaksanakan pada tahun 1994 di Daerah Tutong. Setakat tahun 2023, sejumlah 2,674 lot telah digerankan yang mana jumlah tersebut juga bersamaan dengan keluasan 646.89 ekar. Daripada jumlah tersebut, 971 lot telah diberikan di DBM, 641 lot diberikan di Daerah Belait, 881 lot diberikan di Daerah Tutong dan 181 lot diberikan di Daerah Temburong.

 

Baginda kemudian dijunjung berangkat ke rumah peserta-peserta yang menerima anak-anak kunci rumah pangsapuri di kawasan Perumahan Negara Lambak Kanan iaitu Pengiran Mohammad Daud bin Pengiran Matassan dan Awangku Noorshah bin Pengiran Haji Zainal.

 

Pangsapuri Lambak Kanan mempunyai keluasan 10.8143 hektar, secara keseluruhan 10 blok bangunan telah dibina dengan jumlah 300 unit pangsapuri. Antara kemudahan yang disediakan di pangasapuri tersebut ialah blok tempat letak kereta. Setiap unit pangsapuri mempunyai keluasan lantai 170 meter persegi yang dilengkapi dengan empat bilik tidur, ruang tamu dan tiga buah bilik mandi.

 

Sejak negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1984 di bawah pimpinan baginda, rakyat dan penduduk telah dan terus menikmati pelbagai kemudahan, antaranya penyediaan perumahan.​

 

Keprihatinan dan pemedulian baginda kepada rakyat dan penduduk negara ini secara langsung membuktikan komitmen kerajaan Kebawah DYMM dalam mendukung hasrat dan cita-cita baginda khususnya dalam menyediakan perumahan yang berkonsep berdaya tahan serta mampu dimiliki selaras dengan salah satu objektif Rancangan Kemajuan Negara untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat yang tinggi.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16