FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat Kurniakan Geran Tanah, Anak Kunci Rumah


 


 July 3rd, 2023  |  10:20 AM  |   61 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyempurnakan Penganugerahan Penggeranan Tanah-tanah Lesen Tumpang Sementara (LTS) di bawah Skim Penggeranan Tanah LTS bagi Daerah Brunei-Muara dan Daerah Temburong serta Penganugerahan Anak-anak Kunci Rumah, Unit Pangsapuri dan Lot-lot Tanah di bawah Skim Perumahan Negara (SPN) bagi Daerah Brunei-Muara kepada seramai 626 penerima pada majlis yang berlangsung di Dewan Persidangan Bridex, Jerudong.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid; dan Pegawai Daerah Brunei-Muara, Awang Misle bin Haji Abd. Karim.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Brunei-Muara, Pengiran Dr. Haji Badaruddin bin Pengiran Abd. Rahman, diikuti dengan sembah alu-aluan daripada Pegawai Daerah Brunei-Muara.

 

Pada majlis berkenaan, seramai 218 orang dikurniakan geran tanah di bawah Skim Penggeranan Tanah LTS, dan daripada jumlah berkenaan seramai 183 penerima dari Daerah Brunei-Muara dan 35 penerima dari Daerah Temburong.

 

Manakala, di bawah SPN pula, seramai 408 orang dianugerahkan anak-anak kunci rumah dan lot tanah, iaitu 270 orang diperuntukkan unit pangsapuri; seorang diperuntukkan rumah jenis 'basic' (Karamunting Kodok); empat orang diperuntukkan rumah jenis kembar; 126 orang diperuntukkan rumah jenis teres; dan tujuh orang penerima lot-lot tanah.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Brunei-Muara.

 

Sejurus selesai menyempurnakan majlis penganugerahan berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung berangkat melawat salah sebuah institusi pendidikan di kawasan Perumahan Negara Kampung Rimba, iaitu Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampung Rimba.

 

Sekolah berkenaan mula diguna pakai pada Januari 2020 yang mempunyai seramai 1,747 orang penuntut lelaki yang menjalani pengajian dari Tahun 5 hingga Tahun 11. Seramai 217 orang tenaga pengajar dan juga 23 orang kakitangan bertugas di sekolah berkenaan.

 

Selepas mengadakan lawatan di institusi pendidikan berkenaan, Kebawah DYMM kemudian dijunjung berangkat melawat ke rumah-rumah para peserta yang menerima anak-anak kunci rumah mereka di bawah Rancangan Perumahan Negara Rimba, iaitu Awang Rosnan bin Haji Abd. Rahman, di Lot 80557, No. 40, Simpang 165, Jalan 99, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Rimba; dan Awang Mohamad Arman bin Haji Abdullah, di Lot 80559, No. 44, Simpang 165, Jalan 99 RPN Rimba.

 

Terdahulu itu, baginda dijunjung berangkat melawat ke kediaman Awang Mohamad Qamaruddin @ Mohammad Abu bin Haji Ahmad di No. 6, Simpangg 165, Jalan 99 RPN Rimba.

 

Dari rumah para penerima anak-anak kunci rumah, Kebawah DYMM seterusnya dijunjung berangkat ke rumah Pemangku Ketua Kampung Kawasan 5, RPN Rimba, Awang Md. Salleh bin Haji Ahmad.

 

Dari rumah Ketua Kampung Kawasan 5 RPN Rimba, baginda kemudian berkenan berangkat ke rumah para peserta yang menerima Penggeranan Tanah-tanah LTS di bawah Skim Penggeranan LTS, iaitu Dayang Noorshafenah binti Haji Abidin di Lot 77903, No.18, Simpang 6, Kampung Lambak Kiri, Mukim Berakas; dan Awang Haji Abdul Karim bin Awang Abdullah di Lot 77768, No.5, Simpang 6-97, Jalan Terunjing Baharu, Kampung Lambak Kiri 'A', Mukim Berakas.

 

Bagi meneruskan sesi keberangkatan, Kebawah DYMM seterusnya dijunjung berangkat melawat ke Syarikat Royal Brunei Culinary (RBC) di kawasan Perindustrian Lambak Kanan.

 

RBC merupakan syarikat penyediaan perkhidmatan masakan profesional yang memenuhi keperluan sektor penerbangan, penjagaan kesihatan dan juga institusi lain.

 

Antara kecemerlangan yang dicapai oleh RBC dengan memenangi anugerah Inisiatif Projek Cemerlang pada 2022 melalui projek RBC Central Kitchen.

 

Di samping itu juga, RBC juga diiktiraf oleh Persatuan Konsultan Perkhidmatan Makanan Antarabangsa (FCSI) Divisyen Asia Pasifik (APD) sebagai salah satu kemudahan pengeluaran pusat perkhidmatan makanan terbesar di negara ini.

 

Selesai sesi lawatan di RBC, Kebawah DYMM kemudian dijunjung berangkat ke rumah para peserta yang menerima anak-anak kunci rumah pangsapuri di kawasan Perumahan Negara Lambak Kanan.

 

Baginda mula-mula berkenan berangkat ke rumah pangsapuri C 01-01, Blok C, Lorong Dua Jalan Salam Perpaduan, iaitu ke kediaman Pengiran Mohammad Daud bin Pengiran Matassan; dan kemudian berkenan berangkat ke kediaman Awangku Noorshah bin Pengiran Haji Zainal, dan setelah itu berkenan berangkat ke kediaman Dayang Sarina binti Awang.

 

Semasa lawatan ke pangsapuri berkenaan, Kebawah DYMM juga dijunjung berangkat melawat ke rumah pangsapuri di Blok D, Lorong Dua Jalan Salam Perpaduan, iaitu ke kediaman Awang Muhammad Hadri bin Daud; Pengiran Aliyadi bin Pengiran Haji Marali @ Merali; Dayang Liyana binti Haji Muhammad Jaya; Awang Haji Lihan bin Haji Ibrahim; dan Dayang Ayunisyamimi binti Haji Yassin.

 

Pada lawatan berkenaan, baginda juga dijunjung untuk melihat lebih dekat lagi antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di pangsapuri berkenaan, iaitu sebuah gelanggang sukan.

 

Pusat Pengajian dan Kesenian Kaligrafi Islam, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), Rumah Semaun juga menjadi destinasi lawatan Kebawah DYMM.

 

Di pusat berkenaan, baginda berkenan dijunjung menyaksikan beberapa aktiviti dan kemudahan-kemudahan yang disediakan.

 

Penubuhan pusat berkenaan adalah salah satu inisiatif yang dilaksanakan bagi memartabatkan tulisan Jawi dalam menyahut titah Kebawah DYMM, di samping bagi melahirkan rakyat yang berkemahiran sejajar dengan Wawasan Brunei 2035.

 

Bagi mengakhiri majlis keberangkatan, Kebawah DYMM berkenan dijunjung berangkat ke Dewan An-Naura, YSHHB, Bandar Seri Begawan bagi Majlis Santap Tengah Hari.

 

Pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan penduduk di negara ini.

 

Pelbagai usaha dan inisiatif telah dan sedang giat dilaksanakan bagi mencapai aspirasi Matlamat Kedua Wawasan Brunei 2035 ini termasuklah penyediaan kemudahan perumahan, perancangan dan kemajuan guna tanah yang teratur.

 

Dalam aspek penyediaan perumahan melalui kedua-dua skim ini iaitu Skim Penggeranan Tanah LTS dan SPN, pelbagai dasar dan inisiatif dilaksanakan bagi memastikan rakyat mempunyai tempat kediaman yang selesa, mampu milik dan mampan.

 

Usaha dan inisiatif berkenaan jelas mencerminkan sikap keprihatinan dan pemedulian baginda kepada rakyat dan penduduk di negara ini khususnya dalam memastikan kualiti kehidupan rakyat sentiasa terjamin.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16