FacebookInstagramTwitterContact

 

Inter Regu National League Sepak Takraw           >>           Singapore Premier League           >>           Briefing on STEAM Education           >>           Mental Health Roadshow           >>           Mental Health Roadshow           >>           Outstanding Academic Award Presentation           >>           Implementation of TAFIS 2.0 System           >>           9 Houses Razed in Fire           >>           9 Houses Razed in Fire           >>           Donation Presentation           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kementerian Pertahanan Semarakkan Sambutan Ilal Hijrah 1445


 


 July 22nd, 2023  |  11:19 AM  |   180 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Pertahanan pagi tadi mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1445 secara serentak di kesemua surau garison, pangkalan dan perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) termasuk Masjid Pulau Baru-Baru, dengan tumpuan utama di Surau Al-Fa'izun Berakas Garison, di sini.

 

Hadir di majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Turut hadir, Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera dan Angkatan Bersama ABDB; juga Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap serta pegawai-pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan.

 

Turut diundang selaku jemputan khas ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan; Penghulu Mukim Lambak 'A' dan 'B', Pengiran Jofri bin Pengiran Haji Zaidi; Pemangku Ketua Kampung Lambak Kiri, Awangku Amirnur Aminuddin bin Pengiran Haji Mohd Salleh; dan Pemangku Ketua Kampung Lambak 'A', Haji Brahim bin Haji Abd Rahman.

 

Selain itu, wakil-wakil dari Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Bomba dan Penyelamat; Jabatan Kastam dan Eksais Diraja; Jabatan Penjara, serta Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan juga hadir sebagai jemputan bagi memeriahkan lagi majlis berkenaan.

 

Sambutan tersebut disemarakkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, diikuti dengan Ceramah Khas bertajuk 'Agama Dipelihara, Negara Sejahtera' yang disampaikan oleh Dr. Haji Harapandi Dahri dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

 

Majlis diakhiri dengan bacaan Selawat Badriyyah, Zikir, Sembahyang Sunat Duha; dan Doa Selamatkan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

 

Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1445 pada tahun ini bertujuan untuk merapatkan hubungan ukhuwah bersama masyarakat setempat dan agensi-agensi kerajaan yang lain sebagai satu dorongan untuk memupuk semangat setia kawan, di samping mengeratkan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dengan semangat hijrah bagi memperoleh kejayaan dan kehidupan yang lebih baik.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hundreds Feared Dead In Afghanistan Flash Flooding

 2024-05-12 01:56:04

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59