Home > Bahasa Melayu
Penyertaan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Dibukakan 4 September
September 3rd, 2023 | 14:54 PM | 305 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, selaku Urus Setia Musabaqah akan mengadakan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah bermula pada bulan Januari 2024.
Kepada orang ramai yang berhasrat untuk menyertai musabaqah tersebut bolehlah melayari pautan 'https://bit.ly/mhq1445'. Tawaran penyertaan dibuka mulai Isnin, 4 September 2023.
Borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah dihadapkan tidak lewat pada Rabu, 4 Oktober 2023 secara dalam talian sahaja melalui pautan 'https://bit.ly/mhq1445H' dan Media Sosial Urus Setia di Weblog di 'pppq-mabims.blogspot.com', Facebook, 'pppq.mabims (official)', Instagram, 'PPPQ.MABIMS (official)' dan Telegram, 'PPPQ.MABIMS (official)'.
​Untuk keterangan lanjut, bolehlah menghubungi Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS menerusi talian +673 2237512 atau melalui khidmat pesanan ringkas aplikasi WhatsApp menerusi talian +673 7204964.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]