FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berus Skitto Clean Diperbuat Daripada Bulu Khinzir


 


 September 4th, 2023  |  14:43 PM  |   217 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Berikutan aduan daripada orang awam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syar'iah (JHES) telah mengadakan pemeriksaan terhadap produk berus pembersih jenama Skitto Clean yang dijual di salah sebuah premis perniagaan di negara ini.

 

Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan telah mendapati produk berus pembersih jenama Skitto Clean diperbuat daripada bulu khinzir.

 

Oleh yang demikian, bagi menjaga kemaslahatan masyarakat Islam di negara ini, JHES telah mengarahkan pengurus premis berkenaan untuk mengasingkan semua produk berus pembersih jenama Skitto Clean dengan serta-merta dari tempat penjualan umum termasuk di semua cawangannya bagi mengelak masyarakat Islam daripada membeli dan menggunakan berus tersebut.

 

Dalam hubungan ini, KHEU juga ingin mengingatkan kepada pemilik, pengurus, pengusaha, peniaga, pembekal dan pengimport produk dan barang gunaan di negara ini supaya sentiasa berwaspada dan lebih peka terhadap produk-produk dan barang gunaan import yang akan dijual kepada orang ramai di pasar raya atau kedai masing-masing dengan memastikan produk-produk yang halal dan suci tidak bercampur dengan produk-produk yang tidak halal.

 

Di samping itu, mana-mana orang Islam yang memiliki produk berus pembersih jenama Skitto Clean termasuk semua restoran serta penyedia makanan di negara ini khasnya yang diberikan Sijil Halal atau Permit Majlis Ugama Islam Brunei adalah ditegaskan untuk tidak menggunakan berus terbabit atau sebarang berus lain daripada jenama yang sama dan dikehendaki untuk menjalankan kaedah penyertuan dengan segera, jika telah menggunakan berus tersebut.

 

Pihak KHEU ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas maklumat berhubung perkara tersebut dan bagi orang ramai yang ingin membuat aduan serta perkongsian maklumat mengenai penjualan produk-produk tidak halal secara terbuka di premis-premis perniagaan bolehlah dibuat terus ke JHES melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal dengan menghubungi Talian Hotline +673 7166222 atau pergi ke mana-mana pejabat Bahagian Kawalan Makanan Halal di setiap daerah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by RTB NEWS

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16