FacebookInstagramTwitterContact

 

Inter Regu National League Sepak Takraw           >>           Singapore Premier League           >>           Briefing on STEAM Education           >>           Mental Health Roadshow           >>           Mental Health Roadshow           >>           Outstanding Academic Award Presentation           >>           Implementation of TAFIS 2.0 System           >>           9 Houses Razed in Fire           >>           9 Houses Razed in Fire           >>           Donation Presentation           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Graduan Akademi Da’wah 4.0 Diraikan


 


 September 17th, 2023  |  08:43 AM  |   80 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Urus Setia Program Keugamaan Belia, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) buat julung kalinya malam tadi menganjurkan Ma'radh Al-Hadaya : Majlis Malam Apresiasi Akademi Da'wah 4.0 bertempat di Airport Mall, Berakas.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengarah PDI, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Abd Rajid bin Haji Mohd. Salleh.

 

Majlis turut dihadiri oleh para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan PDI, Ahli Jawatankuasa Badan Sukarelawan Belia Da'ie, para sukarelawan dan Graduan Akademi Da'wah 4.0.

 

Majlis ini merupakan kesinambungan bagi Majlis Konvokesyen Akademi Da'wah 4.0 yang telah diadakan pada 20 Ogos 2023 lalu dan juga sebagai sebuah penghargaan khasnya kepada semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam sama-sama menjayakan Program Akademi Da'wah 4.0 dari awal hingga ke penghujungnya.

 

Majlis diisikan dengan penyerahan hadiah Pencapaian Standard kepada Graduan Akademi Da'wah 4.0 dan kemudiannya penyerahan hadiah dan sijill penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Belia Da'ie dan kepada para sukarelawan.

 

Beberapa anugerah khas juga telah disampaikan di majlis tersebut antaranya, Penghargaan Khas kepada Ketua dan Penolong Urus Setia Akademi Da'wah 4.0, Anugerah Khas Ahli Jawatankuasa 'Berbakti', Anugerah Khas Ahli Jawatankuasa 'Bersinar' dan Anugerah Khas Ahli Jawatankuasa 'Berinteraktif'.

 

Penghargaan itu bertujuan bagi menghargai komitmen dan kerjasama Ahli Jawatankuasa yang padu di samping menyuntik lagi semangat mereka agar terus proaktif dan berdedikasi.

 

Majlis juga diserikan dengan sesi bergambar ramai dan majlis diakhiri dengan menyaksikan tayangan video-video yang telah dihasilkan oleh Graduan Akademi Da'wah 4.0 sepanjang mereka terlibat di dalam program berkenaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hundreds Feared Dead In Afghanistan Flash Flooding

 2024-05-12 01:56:04

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59