FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kursus Kepimpinan Belia Islam MABIMS Tutup Tirai


Foto: Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 September 22nd, 2023  |  12:37 PM  |   63 views

GADONG

 

Seramai 26 peserta yang menyertai Kursus Kepimpinan Belia Islam MABIMS menerima sijil masing-masing pada Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Kepimpinan Belia Islam MABIMS, berlangsung di The Rizqun International Hotel, di sini.

 

Para peserta terdiri daripada 15 peserta dari Negara Brunei Darussalam (NBD), empat orang dari Republik Indonesia, empat orang dari Malaysia dan tiga orang dari Republik Singapura.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil kepada para peserta kursus ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, selaku Ketua Mesyuarat Pegawai Kanan (Senior Officials Meeting-SOM) MABIMS NBD.

 

Majlis yang diungkayahkan oleh Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa dan MABIMS, KHEU itu juga dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari KHEU dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Majlis Belia Brunei.

 

Kursus Kepimpinan Belia Islam MABIMS merupakan salah satu daripada Program Fokus Strategik Potensi Belia di bawah Rancangan Strategik MABIMS 2021-2025.

 

Antara objektif kursus tersebut adalah untuk melahirkan belia Islam yang berpotensi, berpengetahuan dan berpendidikan ugama Islam; dan paling penting untuk melahirkan belia Islam yang mempunyai sahsiah yang syumul.

 

Kursus juga bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai kepimpinan Islam dalam diri belia MABIMS; membina kerjasama sepasukan; serta mengembangkan kemampuan belia dalam memimpin, memotivasi dan memperteguh silaturahim antara pemimpin belia MABIMS.

 

Kursus Kepimpinan Belia Islam MABIMS selama empat hari itu bermula dari 18 September dan berakhir hari ini, yang dikendalikan secara kerjasama dengan pelbagai agensi yang diterajui oleh Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa dan MABIMS, KHEU selaku Sekretariat MABIMS NBD.

 

Agensi-agensi yang terlibat termasuk Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Majlis Belia Brunei, Program Keugamaan Belia dan para Volunteer & First Aid Support Team (V-Fast).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16