FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dekati Masyarakat Melalui Program Muzakarah Penerangan


Foto: Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 September 22nd, 2023  |  12:43 PM  |   165 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selaras dengan fungsi dan tanggungjawabnya sebagai lidah, mata dan telinga kerajaan, Jabatan Penerangan melalui Unit Hubungan Masyarakat, Seksyen Komunikasi Strategik, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik mengadakan Program Muzakarah Penerangan bersama penduduk Mukim Kota Batu yang berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Pintu Malim, Mukim Kota Batu, Daerah Brunei dan Muara, hari ini.

 

Program Muzakarah Penerangan antara lain menjurus kepada mendekati masyarakat secara turun padang dan bersifat sua muka itu dipengerusikan oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini.

 

Dalam ucapan alu-aluannya, beliau menjelaskan bahawa program tersebut dihasrat menjadi pemudah cara bagi penduduk mukim untuk menyampaikan isu-isu yang berbangkit dan seterusnya mendapatkan maklum balas atau penjelasan daripada agensi-agensi kerajaan dan pada masa yang sama agensi-agensi berkenaan berkongsi dan membarigakan maklumat rasmi kerajaan.

 

Program Muzakarah Penerangan merupakan satu program di mana agensi-agensi kerajaan sebagai penggerak pentadbiran negara akan sentiasa memastikan apa jua isu dan permasalahan rakyat dan penduduk di negara ini dapat ditangani dengan sebaik mungkin mengikut gerak kerja masing-masing.

 

Hadir selaku ahli panel muzakarah ialah pegawai-pegawai kanan daripada agensi-agensi kerajaan iaitu Kementerian Kesihatan; Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Seterusnya, ahli panel juga terdiri daripada Pasukan Polis Diraja Brunei; Jabatan Perkhidmatan Elektrik; Jabatan Daerah Brunei dan Muara; Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, Kementerian Hal Ehwal Ugama; Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR); Jabatan Perkhidmatan Pos dan Syarikat Unified National Networks (UNN) Sdn. Bhd.

 

Juga hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat selaku Ketua Kampung Subok yang juga Pemangku Penghulu Mukim Kianggeh; Ahli MMN, Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan yang juga selaku Ketua Kampung Belimbing; Pemangku Penghulu Mukim Batu dan Ketua Kampung Baru-Baru, Kampung Sungai Bunga dan Tanjong Kindana, Awang Zaini bin Haji Salleh dan ketua-ketua kampung di bawah tadahan Mukim Kota Batu serta penduduk kampung.

 

Antara perkara yang dibentangkan pada muzakarah berkenaan ialah mengenai prasarana, kemudahan awam, alam sekitar, keselamatan dan lain-lain.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16