FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bersama Mendukung Pelestarian Alam Sekitar


Foto: Azmah Haji Ahad

 


 September 22nd, 2023  |  12:54 PM  |   186 views

BERAKAS

 

Sejumlah 100 anak pokok ditanam pada Acara Penanaman Pokok Anjuran Brunei Methanol Company (BMC) Sendirian Berhad yang berlangsung di Taman Biodiversiti, Hutan Simpan Berakas, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Yang Mulia Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid, selaku Timbalan Pengerusi BMC.

 

Turut hadir, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Maeda Toru; Ahli Lembaga BMC, Ahmad Fathi bin Dato Paduka Haji Junaidi; Pemangku Pengarah Urusan Pihak Berkuasa Petroleum, Haji Kula bin Haji Metasan; dan wakil-wakil lain dari Pihak Berkuasa Petroleum; Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) serta Pihak Berkuasa Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA).

 

Ketua Pegawai Eksekutif BMC, Jesús Enrique Mora Marín, dalam ucapan alu-aluannya antara lain menggariskan dedikasi BMC yang tidak berbelah bahagi kepada pengayaan komuniti dan menekankan keperluan mendesak untuk mengurangkan jejak karbon.

 

Beliau menekankan kepentingan tindakan individu dalam membuat perubahan, iaitu mereka masing-masing memegang tanggungjawab untuk memberi kembali kepada masyarakat, dengan mengurangkan jejak karbon dan mempromosikan amalan mampan dalam semua yang dilakukan.

 

Acara penanaman pokok-pokok tersebut merupakan paparan komitmen oleh pengurusan dan kakitangan BMC Sendirian Berhad yang memberangsangkan terhadap penjagaan alam sekitar.

 

Dianjurkan bersama dengan Green Brunei, acara tersebut menunjukkan penglibatan aktif BMC dalam inisiatif alam sekitar dan penglibatan komuniti, sejajar dengan matlamat Dasar Perubahan Iklim Negara Brunei untuk menanam 500,000 pokok baharu menjelang 2035.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haniza Abdul Latif

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16