FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Melaksanakan Peralihan Tenaga Adil, Saksama


 


 September 22nd, 2023  |  13:08 PM  |   206 views

NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah telah menghadiri Sidang Kemuncak Cita-cita Iklim (Climate Ambition Summit) pada 20 September 2023 di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), New York, Amerika Syarikat (AS).

 

Sidang Kemuncak tersebut dibuka dengan ucapan pembuka daripada Setiausaha Agung PBB, Tuan Yang Terutama António Guterres yang menggesa pemimpin dunia, perniagaan dan institusi kewangan untuk komited kepada tindakan yang bermakna seperti mematuhi cadangan Pakatan Perpaduan Iklim (Climate Solidarity Pact).

 

Pakatan ini menyeru agensi atau industri utama yang melepaskan gas rumah hijau (major emitters) untuk meningkatkan usaha mengurangkan pelepasan dan bagi negara-negara maju untuk membantu ekonomi yang sedang pesat membangun.

 

Setiausaha Agung juga mencadangkan agenda bagi mempercepatkan tindakan (Acceleration Agenda) yang menyeru kerajaan negara-negara maju untuk mencapai sifar bersih menjelang tahun 2040 dan menjelang tahun 2050 bagi negara-negara yang pesat membangun selaras dengan prinsip tanggungjawab bersama tetapi berlainan (common but differentiated responsibilities).

 

Agenda tersebut menggesa semua negara untuk melaksanakan peralihan tenaga yang adil dan saksama dalam pembekalan tenaga elektrik; memastikan rancangan bagi menghentikan penggunaan arang batu menjelang tahun 2030 untuk negara-negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (Organisation for Economic Cooperation and Development - OECD) dan menjelang tahun 2040 untuk negara-negara lain; menamatkan subsidi bahan api; menetapkan matlamat bagi tenaga yang boleh diperbaharui selaras dengan aspirasi bagi penetapan had 1.5 darjah dan menyeru bagi keadilan iklim.

 

Beliau juga menggesa semua pihak untuk mengoperasikan Dana Kehilangan dan Kerosakan (Loss and Damage Fund) pada Sesi Ke-28 Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28); bagi negara maju untuk memenuhi komitmen sebanyak BND100 bilion; menambah sumbangan kepada Dana Iklim Hijau (Green Climate Fund) dengan menggandakan dana bagi adaptasi; dan mengadaptasi sistem amaran awal menjelang tahun 2027.

 

Ucapan diakhiri dengan seruan untuk negara-negara bersatu untuk beralih daripada rancangan kepada tindakan yang lebih nyata dengan harapan ini akan dapat mewujudkan masa depan yang mampan dan saksama untuk semua.

 

Sidang Kemuncak Cita-cita Iklim diadakan sebagai bukti keazaman dan kesatuan global untuk mempercepatkan peralihan kepada ekonomi dunia yang saksama, dipacu tenaga yang boleh diperbaharui dan berdaya tahan iklim.

 

Sidang Kemuncak tersebut menghimpunkan semua negara-negara Ahli PBB untuk membincangkan tiga landasan teras: cita-cita, kredibiliti dan pelaksanaan untuk mempercepatkan langkah global sebagai tindak balas kepada perubahan iklim yang semakin meningkat.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap (Wawasan) JPM, Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16