FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Pameran Khas ketengahkan 'Keberdayatahanan dan Perpaduan Perkhidmatan Awam Pemangkin Kesejahteraan Negara'


Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 November 1st, 2023  |  09:57 AM  |   101 views

BERAKAS

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja berkenan menyaksikan Pameran Khas Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-30 yang bertemakan 'Keberdayatahanan dan Perpaduan Perkhidmatan Awam Pemangkin Kesejahteraan Negara', bertempat di ruang legar, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

 

Melalui tema ini, pameran tersebut menelusuri sejarah, perubahan dan pembaharuan Perkhidmatan Awam (PA) yang diperlihatkan melalui tiga era berbeza iaitu Era 1 - bermula dengan evolusi sistem residen dari tahun 1906 sehingga tahun 1966, iaitu semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien; Era 2 - dari tahun 1967 hingga 1983, iaitu bermulanya Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah menaiki takhta hingga sebelum Negara Brunei Darussalam (NBD) mencapai kemerdekaan; dan Era 3 - Tahun 1984 setelah NBD mencapai kemerdekaan sehingga sekarang.

 

Pameran itu juga akan turut menampilkan 12 agensi kerajaan yang memainkan peranan penting, serta menunjukkan kesepaduan kementerian-kementerian dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada orang ramai; iaitu Pejabat Wawasan; Projek SSM - Jabatan Perkhidmatan Awam & Jabatan Perbendaharaan; Kementerian Kewangan dan Ekonomi; Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Kementerian Pendidikan; Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Kementerian Pembangunan; Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Kementerian Hal Ehwal Ugama; Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Tabung Amanah Pekerja (TAP); dan Kementerian Kesihatan.

 

Selain itu, terdapat juga segmen pameran yang memperlihatkan projek-projek kemasyarakatan daripada peserta-peserta program kepimpinan dalam PA, iaitu Civil Service Leadership Pipeline (CSLP) yang giat berusaha melalui projek masing-masing dengan penglibatan masyarakat (community outreach) dan melalui kerjasama dengan pihak-pihak bukan kerajaan (NGOs).

 

Kumpulan yang terlibat dalam pameran itu adalah Kumpulan EDPSGO - Revitalisasi Balai Raya; Kampung Lubok Pulau sebagai Pusat Sehenti Komuniti; Kumpulan EDPMMO - The Goodwill Krew - Pantri Kitani; Kumpulan YEP - Glow Up Within; Kumpulan YEP - Baja Buddies; dan Kumpulan YEP - Graduate Psychological Well-Being.

 

Selain itu, pihak Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) juga turut memperlihatkan anugerah-anugerah PA seperti 3PSA dan AIP yang bertujuan untuk mengekalkan kecemerlangan dalam PA.

 

Pameran tersebut dibukakan bagi kunjungan orang ramai selama tiga hari bermula dari 31 Oktober 2023 hingga 2 November 2023 bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16