FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Berangkat Ke Sambutan Kemuncak HPA Ke-30


Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 November 1st, 2023  |  10:01 AM  |   103 views

BERAKAS

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pagi tadi berkenan berangkat ke Sambutan Kemuncak Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Kali Ke-30 Tahun 2023, yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

 

Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM); Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia  dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar; Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan HPA Kali Ke-30; Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos; dan Timbalan Menteri (Tenaga) di JPM, Yang Mulia Awang Haji Azmi bin Haji Mohd. Hanifah, selaku Timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan HPA Kali Ke-30.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned yang dikhususkan kepada Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, serta pegawai dan kakitangan kerajaan yang telah kembali ke rahmatullah.

 

Ini diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada Surah Ali' Imran, ayat 102-105 yang dibacakan oleh Pegawai Pelajaran, Kementerian Pendidikan, Pengiran Muhammad Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki, sementara kesimpulan ayat pula dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Muhammad Tsuuifiy bin Haji Abd Wahab.

 

Majlis diteruskan dengan sembah alu-aluan oleh Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II, diikuti dengan Kebawah DYMM seterusnya berkenan mengurniakan titah.

 

Semasa majlis tersebut, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dimasyhurkan sebagai 'Tokoh Jasawan Negara', iaitu bagi Anugerah Penghargaan Khas Jasawan Perkhidmatan Awam (APKJPA), dalam mengenang jasa dan memberikan penghargaan ke atas sumbangan-sumbangan Al-Marhum yang signifikan, yang mana antara lainnya adalah termaktubnya Perlembagaan Brunei pada 29 September 1959, sekali gus mencetus era baharu bagi Negara Brunei Darussalam menuju ke arah pembentukan berkerajaan sendiri dan seterusnya mencapai kemerdekaan penuh.

 

Legasi kepimpinan Al-Marhum telah melakar pelbagai kemajuan khasnya bagi bidang-bidang utama, iaitu Ugama, Pendidikan, Pertahanan, Pentadbiran Awam dan Kebajikan untuk rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.

 

Usaha-usaha sumbangan Al-Marhum di sepanjang pemerintahan Al-Marhum dalam pelbagai bidang berkenaan menjadikan Negara Brunei Darussalam membangun dengan pesatnya serta mendatangkan impak yang besar kepada kestabilan, kemakmuran, kemajuan, dan perkembangan sosioekonomi negara yang terus dinikmati oleh rakyat dan penduduk negara ini.

 

Pencapaian-pencapaian tersebut sangat bertepatan dengan gelaran Al-Marhum sebagai Arkitek Brunei Moden.

 

Setelah itu, majlis sambutan diteruskan dengan tayangan klip video mengenai dengan tema baharu HPA serta Anugerah-anugerah Perkhidmatan Awam iaitu Anugerah Inovasi Perdana (AIP) Program Penggredan Prestasi Sektor Awam melalui Penarafan Bintang (3PSA), Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) dan Anugerah Kakitangan Berjasa dan Berbakti Perkhidmatan Awam (AKB²PA) bagi tahun 2023.

 

Jabatan Perancang Bandar dan Desa dikurniakan Anugerah 3PSA melalui Penarafan Bintang, yang mana jabatan ini telah mencapai penarafan tiga bintang yakni 'Baik' dan sijil pengiktirafan.

 

Sementara itu, sebanyak dua kumpulan telah dikurniakan AlP, iaitu Anugerah Perak dikurniakan kepada Projek Click and Bid hasil Kumpulan Lakas dengan Klik! dari Jabatan Pengangkutan Darat, Kementerian Pengangkutan dan Info-Komunikasi, yang menerima Geran Pembelajaran Projek berjumlah tidak melebihi BND5,000, sebuah piala dan sijil penghargaan.

 

Anugerah Gangsa dikurniakan kepada Projek Student Attendance Management System (SAMS), iaitu Kumpulan Unit Pengurusan Data Dan Teknologi (UPDT) Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, yang menerima Geran Pembelajaran Projek berjumlah tidak melebihi BND3,000, sebuah piala dan sijil penghargaan.

 

Seramai 44 pegawai dan kakitangan kerajaan yang terdiri dari Bahagian II, III, IV dan V dari setiap kementerian telah diperkenankan untuk menerima APCPA tahun ini.

 

Tujuan utama APCPA merupakan penghargaan dan pengiktirafan kepada warga Perkhidmatan Awam yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dan mempunyai keperibadian yang boleh dicontohi oleh pegawai dan kakitangan yang lain, di samping memberikan kualiti dan penghasilan kerja yang sering kali melebihi daripada keperluan tugas dan tanggungjawab jawatan.

 

Anugerah tersebut diharap akan menjadi pendorong kepada meningkatkan lagi semangat, produktiviti, dan kualiti kerja dalam sama-sama berusaha ke arah merealisasikan matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2023.

 

Penerima APCPA bagi setiap bahagian menerima sebuah plak, sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak BND1,000.

 

Anugerah AKB²PA menyaksikan sembilan orang penerima sebagai kakitangan kerajaan yang telah mengamalkan nilai-nilai murni serta sikap bertanggungjawab, titih, lutanan, berakhlak mulia dan berkeperibadian unggul yang sesuai dijadikan contoh tauladan kepada pegawai atau kakitangan lainnya.

 

Di samping kriteria berkenaan, kejayaan ahli keluarga juga merupakan salah satu kriteria dalam pemilihan anugerah ini, yang jelasnya bukan sahaja mengiktiraf kecemerlangan dalam bertugas, malah turut mengambil kira aspek keprihatinan, kesungguhan dan kasih sayang mereka terhadap anak-anak ke arah mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka.

 

Penerima AKB²PA menerima sebuah trofi, pingat, sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak BND1,000.

 

AKB²PA bertujuan untuk menghargai jasa dan bakti kakitangan dalam Bahagian V kepada organisasi, masyarakat sekeliling, keluarga, bangsa dan masyarakat.

 

Kebawah DYMM kemudiannya berkenan mengurniakan hadiah-hadiah dan sijil-sijil penghargaan kepada para penerima anugerah-anugerah berkenaan.

 

Ini diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan.

 

Baginda seterusnya berkenan menyaksikan Pameran Khas HPA yang mengetengahkan tema baharu Sambutan HPA, sejarah, perubahan dan pembaharuan Perkhidmatan Awam dan diterjemahkan menerusi tiga era dalam evolusi Perkhidmatan Awam negara ini.

 

Sebelum berangkat balik, Kebawah DYMM dijunjung bagi sesi bergambar ramai dan seterusnya menghadiri Majlis Santap.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16