FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Penjawat Awam Perlu Sentiasa Peka Dengan Perubahan Semasa


Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 November 1st, 2023  |  10:10 AM  |   268 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menjelaskan bahawa dalam tempoh tiga dekad ini pelbagai cabaran diharungi untuk menguji kedayatahanan Perkhidmatan Awam (PA).

 

Setiap penjawat awam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hendaklah sentiasa peka dengan perubahan semasa di samping tidak lupa mengharapkan petunjuk Allah Subhanahu Wata'ala dalam masa melaksanakan apa juga tugas dan tanggungjawab.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan titah berkenaan pada Sambutan Kemuncak Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Kali Ke-30 Tahun 2023, yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

 

"Juga perlu dimiliki ialah idea-idea baharu sebagai penambahbaikan proses kerja, peraturan, sistem penyampaian dan penghasilan.

 

"Begitu juga dalam kepimpinan, setiap pemimpin dikehendaki bijak dalam mempelopori potensi kerja, khasnya potensi teknologi digital sebagai asas kepada transformasi perkhidmatan yang berimpak besar," titah Kebawah DYMM.

 

Mengenai transformasi perkhidmatan, baginda telah memperkenankan bagi peralihan sebahagian besar proses pengambilan tenaga kerja daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ke kementerian-kementerian khusus bagi bahagian dua ke bawah.

 

Di samping untuk meningkatkan akauntabiliti tegas titah baginda, ia juga dapat mempercepatkan lagi pengisian kekosongan jawatan dengan memanfaatkan sepenuhnya Public Service Recruitment System atau PSCR yang sedia ada.

 

Dalam titah Kebawah DYMM juga turut menekankan mengenai soal integriti PA tidak boleh roboh tetapi mesti sentiasa teguh kerana jika integriti roboh maka pelbagai perkara negatif pasti akan berlaku seperti penyelewengan untuk kepentingan peribadi, rasuah dan sebagainya, sedangkan yang kita mahu ialah sebuah PA yang bersih, amanah dan berkesan.

 

"Maka ke arah itu, satu pindaan ke atas Peraturan-peraturan Am atau 'General Orders' telah pun dilaksanakan dan akan dikuatkuasakan sedikit masa lagi.

 

"Pindaan ini dibuat adalah sesuai dengan keperluan semasa sambil terus menekankan aspek kesaksamaan dan ketelusan dalam semua tindakan, ujar titah baginda.

 

Kebawah DYMM seterusnya bertitah, semua ini turut berkaitan dengan urus tadbir PA sendiri.

 

Tegas titah baginda, Kementerian juga dikehendaki memperincikan penyediaan pelan masing-masing sebagai dukungan kepada kajian mengoptimumkan sumber manusia atau Manpower Optimisation Plan, yang diterajui bersama oleh Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

 

"Ini tidak terkecuali, kita menekankan pembangunan kapasiti dan kompetensi setiap warga kerja dengan kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai asas yang diperlukan," jelas titah baginda.

 

Dalam pada itu, Kebawah DYMM turut merakamkan ucapan tahniah kepada penerima anugerah-anugerah di atas usaha dan dedikasi yang telah dicurahkan. Semoga penganugerahan ini akan mencetuskan semangat motivasi dan sumber inspirasi kepada seluruh penjawat awam.

 

Baginda juga turut merakamkan penghargaan kepada setiap penjawat awam yang masih berkhidmat dan yang telah bersara di atas sumbangan dan jasa bakti mereka kepada pembangunan negara dan juga kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan Sambutan HPA pada tahun ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Rohani Haji Abd. Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16