FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


108 Pelajar Cemerlang YSHHB Diraikan


Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 


 November 26th, 2023  |  11:09 AM  |   8989 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) pagi tadi mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Pelajar-Pelajar Terbaik Tahun 1 Hingga Tahun 5 (2023) sekolah berkenaan yang diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah Rendah YSHHB, Jalan Kebangsaan, di sini.

 

Seramai 108 pelajar Tahun 1 hingga 5 Sekolah Rendah YSHHB menerima sijil dan hadiah masing-masing yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis, Pengerusi PIBG Sekolah YSHHB, Dayang Hajah Suciyati binti Haji Sulaiman.

 

Manakala seramai lima orang pelajar telah dianugerahkan 'The Best Student Year 1-5 2023' bagi pelajar terbaik setiap peringkat di sepanjang tahun pengajian mereka dan seramai lima orang pelajar lagi menerima 'Renaissance Highest Star Score Year 1-5' iaitu penerima sijil dan hadiah ujian penilaian digital 'star assessment renaissance'.

 

Sementara itu, seramai lima orang pelajar iaitu setiap seorang dari Tahun 1 hingga 5 menerima 'Special Progressive Award 2023' iaitu anugerah yang khusus diberikan kepada pelajar yang dibantu pembelajaran dalam mata pelajaran yang mereka kurang kuasai pada awalnya iaitu Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sehingga pelajar tersebut mencapai kejayaan yang membanggakan.

 

Melaluinya, pelajar dibantu secara 'Learning Support Centre (LSC)' dengan menggunakan strategi 'pull out system' yang konsisten dari awal tahun lagi dan seorang pelajar dari setiap peringkat yang menunjukkan peningkatan pencapaian akademik yang paling tinggi adalah penerima anugerah berkenaan.

 

Terdahulu dalam majlis tersebut, Pengetua Sekolah Rendah YSHHB, Dayang Hajah Mariam binti Haji Ladi dalam ucapan alu-aluannya melahirkan rasa bangga kepada pelajar-pelajar yang telah lulus dengan cemerlang pada Peperiksaan Akhir Tahun 2023. Lebih dari 90 peratus pelajar lulus dalam empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, English, Science dan MIB bagi Tahun 1 hingga 5.

 

Beliau juga mengongsikan antara salah satu strategi yang telah dijalankan untuk meningkatkan pencapaian matematik ialah dengan mengadakan ujian sifir kepada semua pelajar pada pertengahan dan akhir tahun.

 

“Kemahiran Sifir adalah sangat penting untuk pelajar dapat menjawab soalan 'mental maths' atau MCT yang menyumbang markah 10 peratus dalam PSR dan pelajar seawal Tahun 2 sudah dilatih dengan MCT, dan pihak sekolah akan terus mengatur strategi-strategi yang lain untuk meningkatkan keputusan matematik ini," katanya.

 

Di samping itu tambahnya, pihak sekolah juga sangat peka akan kemajuan literasi murid Tahun 1 yang memasuki sekolah berkenaan yang mana tahap bacaan telah dianalisis untuk memastikan semua pelajar kompeten dalam membaca dan membuat fahaman, dan 'whole school reading approach' telah diperkenalkan pada awal tahun dan kemajuannya sentiasa dipantau.

 

Selain kecemerlangan akademik, fokus utama sekolah juga adalah menitikberatkan pembangunan karakter pelajar dengan menyertai, mengikuti serta menganjurkan pelbagai aktiviti dan pertandingan antaranya Larian Rentas Desa dan Sukan Tahunan; Majlis Hari Raya; Pertandingan Festival Renang Sekolah-sekolah Rendah dan Swasta Senegara anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum; Pertandingan Mari Bercerita; Pertandingan Deklamasi Sajak anjuran DBP.

 

Sekolah berkenaan juga pernah mengikuti Pertandingan Lukisan Antarabangsa (The 54th World School's Children Art Exhibition 2023 Republic of China); Peraduan Kaligrafi Jawi Sekolah Rendah Senegara 2023; Pertandingan Menulis Karangan anjuran 'The Reading and Literacy Association'; Festival Juara-Juara Aktiviti Kesenian bagi Sekolah-sekolah Rendah, Menengah dan Maktab-maktab Senegara 2023; Persembahan Pencak Silat; serta Pertandingan Celik Biz penyertaan anjuran Kementerian Pendidikan melalui Pusat Keusahawanan Inovasi (EIC).

 

“Dalam bidang ICT pula, pelajar seawal Tahun 1 telah belajar Coding dan insyaaAllah akan dikembangluaskan lagi dengan penggunaan 'brainpad' dan 'Internet of Things' iaitu pelajar akan belajar pelbagai 'programming' seperti 'gaming' dan 'robotics', 'smart home', 'smart agriculture' dan sebagainya," terang Pengetua lagi.

 

 Majlis juga turut dimeriahkan dengan persembahan Tarian Adai-Adai dan Persembahan Silat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16