Home > Sports
Muara Spurs ‘B’ Juara Kejohanan Sepak Takraw Terbuka
Azmah Haji Ahad
January 29th, 2024 | 08:19 AM | 10604 views
SUNGAI KEBUN
Muara Spurs 'B' dinobatkan sebagai juara dalam Kejohanan Sepak Takraw Terbuka semasa perlawanan akhir kejohanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Sungai Asam, hari ini. Manakala naib juara disandang oleh Muara Spurs 'A' dan di tempat ketiga disandang oleh Miharbi serta Permata Hijau 'B'.
Hadir selaku tetamu kehormat pada kejohanan tersebut dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Dato Paduka Awang Haji Idris bin Haji Abas.
Pada acara tersebut diselajurkan dengan penyampaian sumbangan kepada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Tabung Anak-Anak Yatim.
Kejohanan Sepak Takraw Terbuka anjuran Persatuan Kampung Saba (PERKASA) telah disertai sebanyak 36 pasukan. Perlawanan telah bermula dengan saringan pertama pada 19 Januari 2024 yang lalu.
Kejohanan tersebut adalah bagi memeriahkan lagi Sambutan Jubli Emas PERKASA yang sememangnya sudah melahirkan pemain yang jaguh dalam sukan tersebut di samping mengetengahkan bakat-bakat sebagai pelapis muda untuk memperkembangkan lagi Sukan Sepak Takraw pada peringkat yang lebih tinggi.
Pertandingan seumpama ini dapat menjalinkan ukhuwah erat sesama pemain dan juga beroleh ilmu dan pengalaman dalam mempertingkatkan mutu kemahiran masing-masing.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Rohani Haji Abdul Hamid
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]