FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


6 Atlet Badminton Kebangsaan Sertai BATC


Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam

 


 February 12th, 2024  |  07:04 AM  |   7537 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai enam atlet Badminton Kebangsaan berlepas ke Kuala Lumpur bagi menyertai Badminton Asia Team Championships (BATC) yang akan berlangsung dari 13 hingga 18 Februari 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, Selangor.

 

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Timbalan Presiden Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam (PBKBD), Awang Abdulhani bin Haji Raman.

 

Pasukan Negara Brunei Darussalam terdiri daripada Kan Kah Kit; Mohd. Iqbal Asyraf bin Mohamad; Mohd. Marhanif bin Mohd. Ali; Mattew Lingie Minggat dan Mohd. Haziq bin Roze ditemani seorang Jurulatih merangkap Pengurus, Mohd. Dzakwan Saifullah Sia berada dalam Group 'B' bersama pasukan tuan rumah, Malaysia; Chinese Taipei dan Kazakhstan.

 

PBKBD menghargai sokongan dan tajaan dari Chung Hwa School Kiudang (CHSK); BR-Kelvin Pong; Syarikat Jotech Advertising and Souvenir; Syarikat Lucky Charm Sdn. Bhd dan Kim Cars Sdn. Bhd. yang membolehkan pasukan negara menyertai kejohanan terbesar di Asia ini.

 

BATC ialah salah satu acara Badminton terbesar di bawah Badminton Asia, iaitu badan induk Badminton di Asia. Ia merupakan kejohanan dwitahunan yang diadakan pada bulan Februari di dalam Kalendar Antarabangsa Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

 

BATC edisi tahun ini bakal mempamerkan pemain Badminton terbaik di Asia kerana ia berfungsi sebagai kelayakan Asia untuk Piala Thomas & Uber 2024 yang dijadualkan berlangsung pada Mei 2024 di Chengdu, China.

 

Memandangkan 2024 juga merupakan tahun Olimpik, kejohanan ini akan menjadi kejohanan 'ranking' untuk pemain yang mengambil bahagian dari negara Asia, sekali gus memberi peluang kepada pemain terbaik dunia mewakili negara masing-masing dalam kejohanan berprestij ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16