Home > Bahasa Melayu
Hari Hutan Antarabangsa - KSSUP
Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong ketika membaca Surah Yaa Siin sempena memperingati Hari Hutan Antarabangsa 2016. | Foto: Mohamad Azmi Awang Damit
March 22nd, 2016 | 16:49 PM | 4533 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Ahad, 20 Mac. - Sempena memperingati Hari Hutan Antarabangsa 2016, Jabatan Perhutanan mengadakan Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, membaca Surah Yaa Siin dan Doa Selamat berlangsung di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.
Hadir Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong.
Juga hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), ketua-ketua jabatan, pegawai dan kakitangan di bawah kementerian berkenaan.
Majlis itu merupakan acara keagamaan Jabatan Perhutanan, KSSUP dan pembuka tirai bagi acara-acara bersempena dengan memperingati Hari Hutan Antarabangsa, tahun ini.
Setiap tahun, Hari Hutan Antarabangsa disambut dengan pelbagai cara yang memberikan perhatian terhadap kepentingan dan pemeliharaan hutan hijau.
Pada tahun ini, sambutan menumpukan terhadap hutan sebagai kunci utama pada bekalan air dunia yang merupakan sumber asas kehidupan.
Source:
by Mohamad Azmi Awang Damit
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]