FacebookInstagramTwitterContact

 

Hidden Epidemic: Oral Infections And How To Prevent Them           >>           NYC Wants All Uber And Lyft Cars To Be Electric By 2030           >>           Experts Warn AI Could One Day 'Kill Everyone' And Human Race Would Be Like 'The Dodo'           >>           'I Have No Friends At My Work - So I'm Forced To Eat My Lunch Alone In The Toilet'           >>           Gerard Butler Says He Almost Killed Co-Star Hilary Swank While Filming P.S. I Love You           >>           Kourtney Kardashian's Naked Dress Is Her Most Unconventional Look Yet           >>           Pete Davidson And Chase Sui Wonders Continue To Heat Up Hawaii With PDA Outing           >>           Adani Group: Asia's Richest Man Hits Back At 'Con' Allegations           >>           US Economic Growth Stronger Than Expected           >>           Hemp Makes A Comeback In The Construction Industry           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:05 AM

Subuh

: 05:15 AM

Syuruk

: 06:36 AM

Doha

: 06:59 AM

Zohor

: 12:34 PM

Asar

: 03:55 PM

Maghrib

: 06:30 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


MS ABDB Tewaskan RS FT


ANTARA aksi perlawanan pasukan MS ABDB menentang pasukan RS FT yang berlangsung di Dewan gerak badan ABDB

 


 July 11th, 2021  |  18:15 PM  |   709 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pasukan MS ABDB mengutip tiga mata penuh setelah menewaskan pasukan RS FT dengan jaringan 1 - 8, pada perlawanan Liga Futsal Brunei (BFL) 2021, bertempat di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garison.

 

LS Abdul Malik Yunus memulakan langkah kanan bagi MS ABDB apabila berjaya menjaringkan gol pertama, pada minit ke-3 dan selang seminit kemudian, disusuli oleh LS Muhammad Izzan Zamain untuk menjadi penjaring gol kedua perlawanan bagi membolehkan MS ABDB mendahului dengan selesa 0 - 2.

 

RS FT cuba bangkit dan merapatkan jurang apabila berjaya membolosi gawang MS ABDB pada minit ke-13, hasil sepakan 'Abdul Rauf Haji Ismail, menjadikan kedudukan 1 - 2.

 

Namun keceriaan RS FT tidak bertahan lama apabila Sjn. (U) Md. Zairul Hazmin Abdul Saifuddin menjaringkan gol ketiga MS ABDB selang seminit kemudian untuk mendahului 1 - 3.

 

Bagai jatuh ditimpa tangga, selang seminit kemudian, sepakan pemain MS ABDB, LS Mohd. Syarif Ridzwan Shahrulizam gagal diselamatkan oleh penjaga gawang RS FT untuk membolehkan MS ABDB terus meninggalkan RS FT dengan jaringan 1 - 4.

 

Kesilapan pemain RS FT, Muhd. Hafizzudin Haji Muhd. Ridzuan yang menjaring gol ke gawang sendiri pada minit ke-17 memberikan MS ABDB kelebihan untuk mendahului 1 - 5 pada separuh masa pertama.

 

Pada separuh masa kedua perlawanan, kesungguhan para pemain MS ABDB memberikan pulangan bermakna apabila Sjn. (U) Md. Zairul Hazmin berjaya mengegarkan gawang RS FT pada minit ke-31 untuk terus mengungguli perlawanan dengan jaringan 1 - 6.

 

Gol ketujuh MS ABDB hadir pada minit ke-37 hasil sepakan LS Awangku Md. Jumatatul Aleshahrezan Pengiran Metali, kemudian diikuti dengan jaringan penutup oleh Sld. Mohamad Fadhli Idris, pada minit ke-39.

 

Perlawanan berakhir dengan keputusan 1 - 8 dengan kemenangan berpihak kepada MS ABDB.

 

Sementara itu, pada perlawanan berasingan menyaksikan Almerez berpesta gol apabila menumpaskan Silveredz dengan jaringan 16 - 2.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


China To Resume Direct Flights To Sabah Next Month

 2023-01-27 10:44:54

Cost Of Living: How Onions Became A Luxury In The Philippines

 2023-01-27 10:47:10

Adani Group: Asia's Richest Man Hits Back At 'Con' Allegations

 2023-01-27 11:26:56