FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Hubungan Kerjasama NBD-Arab Saudi Terus Erat


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman (tengah) bersama Duta Besar Istimewa dan Mutlak Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Hisham bin Abdul Wahab bin Zar'ah memotong kek pada Majlis Resepsi Hari Kebangsaan Arab Saudi Ke-86 di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.| FOTO : PELITA BRUNEI (Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

 


 September 24th, 2016  |  11:44 AM  |   1276 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jumaat, 23 September. - Hubungan kerjasama di antara Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Arab Saudi terus erat melalui hubungan sejarah, nilai budaya dan agama, di samping komitmen kedua-dua buah negara ke arah keamanan, kemajuan dan kestabilan di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.

 

Duta Besar Istimewa dan Mutlak Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Hisham bin Abdul Wahab bin Zar'ah berkata, Kerajaan Arab Saudi meraikan Hari Kebangsaan Ke-86 selaras dengan projek pembangunan yang terbesar sekali untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyatnya sekali gus menyediakan perkhidmatan yang terbaik para pengunjungnya.

 

Menurutnya, pelan ekonomi yang baharu untuk Kerajaan Arab Saudi adalah sesuai dengan visi kerajaan 2030 yang mana ia merupakan visi untuk keselesaan rakyat kerana ia melambangkan satu visi yang serius dan menjadi institusi yang dicapai untuk masa depan.

 

Menurutnya, Kerajaan Arab Saudi akan membayar dividen dan faedah kepada mereka iaitu masyarakat dan negara secara keseluruhan, dengan objektif-objektif yang jelas dalam mencapai kejayaan negara melalui aspek-aspek ekonomi dan bidang-bidang lain.

 

"Alhamdulillah, segala urusan bagi mereka yang pulang dari menunaikan ibadah haji baru-baru ini juga berjalan dengan lancar. Kerja-kerja pengubahsuaian dan pembesaran masjid perkembangan bagi kedua-dua masjid suci di Kota Mekah dan Madinah sebelum ini adalah bagi membolehkan, memudahkan dan melancarkan umat Islam dari seluruh dunia untuk beribadat, di samping menyediakan perkhidmatan terbaik bagi semua orang," jelasnya pada Majlis Resepsi Hari Kebangsaan Arab Saudi Ke-86 di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

 

Hadir bagi mewakili Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Majlis Resepsi tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.

 

Terdahulu, lagu kebangsaan kedua-dua buah negara dimainkan dan majlis diserikan dengan tayangan klip video mengenai Kerajaan Arab Saudi.

 

Tuan Yang Terutama bersama Menteri Hal Ehwal Ugama memotong kek sempena Hari Kebangsaan Arab Saudi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47