FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


153 Pelajar SR YSHHB Diraikan


 


 November 25th, 2022  |  11:41 AM  |   130 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 153 pelajar dari Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) menduduki peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) pada tahun ini.

 

Sehubungan itu, para pelajar berkenaan pagi tadi diraikan pada Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Hadiah Pelajar Terbaik Tahun 6 yang diadakan di Dewan An-Naura, Kompleks YSHHB, di ibu negara.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Penolong Pengarah Urusan YSHHB, Awang Abdullah @ Dollah bin Haji Ahad.

 

Dalam ucapan alu-aluannya, Guru Besar SR YSHHB, Dayang Hajah Mariam binti Haji Ladi percaya kecemerlangan yang diraih oleh para pelajar adalah hasil gabungan usaha yang tidak jemu-jemu daripada para guru dan ibu bapa yang bertungkus-lumus mendidik, dengan memberikan dorongan, sokongan dan pengorbanan.

 

“Gabungan usaha gigih, dedikasi dan pemedulian yang tinggi ini telah menjadi satu amalan daripada dahulu lagi yang telah menjadi 'niche' sekolah ini dan penyumbang besar kepada kejayaan sekolah ini.

 

“Di mana sahaja para pelajar ini berada, agar selalu percaya pada diri sendiri dan selalu memiliki hasrat yang tinggi. Tingkatkan ilmu dunia dan akhirat, jangan lupa untuk menjunjung prinsip-prinsip diri, negara serta berpegang teguh pada ajaran agama," terangnya lagi.

 

Dalam kesempatan itu, beliau mengalu-alukan para pelajar untuk dapat meneruskan pelajaran mereka ke Tahun 7 di Sekolah Menengah YSHHB (SM YSHHB).

 

Dengan pengalaman lebih kurang 10 tahun, di samping mempunyai pelbagai kemudahan serta guru-guru yang berkelayakan, SM YSHHB sudah setentunya dapat memberikan suasana pembelajaran yang kondusif dan dapat memberikan pendidikan yang lebih baik, di samping pengalaman yang sangat berguna kepada para pelajar.

 

Dengan menyambung pelajaran di SM YSHHB, ia akan dapat membina satu kesinambungan pendidikan yang telah mereka jalani di SR YSHHB dan asas yang telah dipupuk sejak di TAMAN Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) lagi.

 

Majlis diselajurkan lagi dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada para pelajar Tahun 6 dan 18 orang penerima hadiah pelajar terbaik.

 

Juga hadir, Ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Guru, para ibu bapa serta keluarga pelajar yang diraikan.

 

Seramai sembilan tenaga pengajar ditugaskan untuk mengajar para pelajar termasuk bimbingan daripada guru Learning Support Centre.

 

Selama tiga tahun para pelajar didedahkan dengan pengajaran dan pembelajaran menjurus kepada pelbagai tajuk soalan PSR Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47