FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kumpulan Eka Sukma Juara Nyanyian Kanak-Kanak Tradisi Brunei : Pertandingan Sketsa


 


 December 2nd, 2022  |  09:15 AM  |   181 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dengan tajuk sketsa 'Saloi Oh Saloi' dan pilihan tajuk lagu 'Malang Pak Saloi', kumpulan Eka Sukma dari Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS) dinobatkan sebagai juara Nyanyian Kanak-Kanak Tradisi Brunei : Pertandingan Sketsa, yang berlangsung di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Berakas.

 

Juara berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah BND600, plak dan sijil penghargaan.

 

Manakala, naib juara disandang oleh kumpulan Ala Dinamika dari Universiti Brunei Darussalam (UBD), yang mengetengahkan tajuk sketsanya 'Satu Sen', dengan pilihan tajuk lagu 'Pat-Pat Si Gulambir', menerima hadiah wang tunai BND500 berserta plak dan sijil penghargaan.

 

Sementara itu, kumpulan Pelangi Senja juga dari UBD, dengan tajuk sketsa mereka 'Nya Nini', dengan pilihan tajuk lagu 'Bengkawat' berada di tempat ketiga dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai BND400, plak dan sijil penghargaan.

 

Manakala, kumpulan Lentera dari UBD; dan Anak Seni Watan dari Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, masing-masing menerima sagu hati, berupa wang tunai BND200 serta plak dan sijil penghargaan.

 

Penyampaian hadiah kepada para pemenang, disempurnakan oleh Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari selaku tetamu kehormat majlis.

 

Terdahulu, tetamu kehormat dalam ucapannya menggariskan, menerusi kegiatan Nyanyian Kanak-kanak Tradisi Brunei, bukan sahaja mengarah pada penyebarluasan lagu kanak-kanak tradisi, tetapi juga secara tidak langsung memangkin dan memberikan peluang kepada golongan kanak-kanak di negara ini untuk mengetahui serta mengenali lebih mendalam warisan budaya negara.

 

Lagu kanak-kanak tradisi, katanya, merupakan khazanah yang bernilai kepada sesebuah negara, di mana setiap pengolahan dan garapan lagu tersebut dapat memberikan impak yang besar kepada golongan kanak-kanak.

 

Selain itu, lagu kanak-kanak yang dihasilkan suatu ketika dahulu bukan hanya hiburan semata-mata, tetapi setiap seni kata lagu tersebut memiliki jalan cerita yang mampu memberikan pendidikan berguna kepada kanak-kanak.

 

''Oleh itu pelaksanaan Pertandingan Sketsa diangkat menjadi salah satu kegiatan yang disuguhkan untuk memaparkan nilai pengajaran dan pesan moral menerusi seni kata lagu kanak-kanak tradisi, di negara ini.

 

''Pengajaran dan pendidikan yang dipersembahkan oleh setiap peserta nanti akan mampu mencerahkan minda khalayak dan masyarakat untuk memahami lagi akan kepentingan seni lagu kanak-kanak tradisi Brunei untuk dilestarikan dan dipertahankan,'' jelas beliau lagi.

 

Tambahnya, selain Pertandingan Sketsa, pelbagai inisiatif turut diungkayahkan yang sudah pasti merupakan upaya dan strategi yang cukup baik, dalam mendekatkan masyarakat serta membarigakan lagi secara meluas lagu kanak-kanak tradisi Brunei.

 

''Namun upaya ini sewajarnya perlu diusahakan, bukan sahaja oleh DBP, tetapi juga oleh semua pihak di negara ini, termasuk masyarakat dalam sama-sama mengembangluaskan lagi khazanah berharga ini agar tetap terus diwarisi,'' saran beliau.

 

Seramai tiga orang panel hakim dilantik, terdiri daripada Pegawai Bahasa Kanan DBP merangkap Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa DBP, Dayang Hajah Sariani binti Haji Ishak selaku Ketua Panel Hakim; Pensyarah di Program Kesusasteraan Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UBD, Dayang Ena Herni binti Wasli; dan mantan personaliti di Radio Televisyen Brunei (RTB), Awang Haji Hasnan bin Haji Suhaili, yang mempunyai pengalaman sebagai penyiar selama hampir 37 tahun.

 

Nyanyian Kanak-Kanak Tradisi Brunei : Pertandingan Sketsa merupakan salah satu pengisian kegiatan Festival Sastera dan Seni Budaya Melayu Brunei, yang dianjurkan oleh DBP melalui Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan.

 

Di samping itu ia juga kesinambungan usaha daripada penerbitan buku Koleksi Irama dan Lagu O Kanak-Kanak.

 

Selain bersempena Sambutan Bulan Bahasa, pertandingan ini juga diadakan bersempena Hari Kanak-Kanak Sedunia 2022.

 

Penganjuran pertandingan tersebut sejajar dengan tema Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia pada tahun ini, iaitu 'Masa Depan yang Lebih Baik untuk Setiap Kanak-Kanak'.

 

Pertandingan Sketsa menjadi salah satu platform yang dapat memangkin masyarakat, termasuk golongan kanak-kanak untuk memahami dan mendalami lagu kanak-kanak tradisi Brunei, sekali gus sebagai bentuk usaha pelestarian, seterusnya pemuliharaan budaya warisan bangsa, di negara ini.

 

Antara objektifnya pula adalah untuk mengangkat seni lagu kanak-kanak tradisi Brunei menerusi lakonan sketsa serta mencungkil bakat, mengetengahkan dan menyerlahkan lagi bakat-bakat baharu sebagai generasi pelapis.

 

Di samping itu, ia juga mendedahkan serta memberikan kefahaman mengenai seni lagu kanak-kanak tradisi Brunei, sekali gus menyemai dan menerapkan minat mereka terhadap seni lagu kanak-kanak tradisi Brunei, serta memartabatkan dan mengembangluaskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara melalui sketsa lagu kanak-kanak tradisi.

 

Hadir sama menyaksikan pertandingan berkenaan, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), KKBS, Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah; Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab; Ketua Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan, Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit selaku Pengerusi Nyanyian Kanak-Kanak Tradisi Brunei : Pertandingan Sketsa; para penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara; serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47