FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Tekad Pecah Rekod Kebangsaan


 


 April 30th, 2023  |  09:44 AM  |   267 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Skuad renang kebangsaan mengharapkan keputusan yang lebih baik pada penyertaan Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-32, Kemboja 2023 yang akan membuka tirainya pada 5 hingga 17 Mei 2023 nanti.

 

Pada temasya Sukan SEA kali ini, skuad renang kebangsaan diwakili oleh Awang Christian Nazario anak Nickles, Awang Zeke Chan Zhi Yue, Awang Nur Haziq bin Samil dan Awang Mohammad Isa Ahmad di bawah bimbingan Jurulatih, Dayang Wu Na.

 

Semasa tinjauan Pelita Brunei ke Kompleks Renang Kebangsaan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, atlet negara giat menjalani latihan menjelang Sukan SEA Ke-32.

 

Salah seorang atlet renang, Awang Nur Haziq bin Samil, ketika ditemui menjelaskan, penyertaan Sukan SEA pada kali ini merupakan penyertaan kali kedua dan pertama kali menyertai Sukan SEA pada tahun 2019 di Filipina.

 

Menurut Awang Nur Haziq yang akan menyertai Kategori 100 meter (m) dan 200m gaya bebas serta 4 x 100 relay, persiapan bagi Sukan SEA pada kali ini ialah dengan membuat latihan lebih gigih dari Sukan SEA yang lalu dan masih meneruskan latihan seperti yang diarahkan oleh Jurulatih.

 

Jelasnya lagi, latihan diadakan pada setiap Isnin hingga Sabtu dan rehat pada Ahad. Latihan juga diadakan sebanyak dua sesi, iaitu pagi dan petang kecuali Rabu dan Sabtu, latihan diadakan pada sebelah pagi sahaja.

 

Menyentuh mengenai sasaran untuk Sukan SEA nanti, Awang Nur Haziq menjelaskan, sasarannya ialah untuk memperbaiki rekod peribadi  sekali gus, memecahkan rekod kebangsaan.

 

Dalam pada itu, beliau menyarankan agar para atlet untuk tidak merasa takut kerana dengan latihan yang secukupnya pasti akan dapat mencapai sasaran yang diimpikan.

 

Sementara itu, bagi Awang Christian Nazario anak Nickles pula, Sukan SEA Ke-32, Kemboja 2023 ini merupakan penyertaan kali pertamanya, iaitu bagi Kategori 50 m dan 100 m bebas serta 4 x 100 relay.

 

Jelasnya, latihan giat dijalankan sejak Januari tahun ini dengan memfokuskan lebih kepada senaman intensiti tinggi di gim dan kolam renang.

 

Sasaran untuk Sukan SEA pada kali ini tambahnya, adalah untuk memecahkan rekod kebangsaan dan baru-baru ini, skuad berkenaan berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam ujian masa bagi Kategori Relay.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07