FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Tekad Bawa Pulang Pingat Untuk Negara


 


 May 2nd, 2023  |  06:55 AM  |   292 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Persekutuan Petanque Brunei Darussalam memastikan penghantaran enam orang atletnya ke Sukan SEA ke-32, Kemboja 2023 bakal memberi cabaran kepada pesaingnya sekali gus berazam untuk meraih pingat.

 

Enam atlet tersebut terdiri dari Awang Masli bin Mohammad Said, Awang Wirna bin Mohammed Yassin, Awang Mazlan bin Haji Yahya, Abdul Afiq bin Abd Aziz dan Dayang Wedy Nurul Suzuna binti Luon.

 

Acara petanque dijangka akan bermula pada 6 hingga 13 Mei 2023, di Petanque Complex Olympic Stadium Centre, Kemboja.

 

Menurut Jurulatih Petanque, Awang Hamidun bin Haji Abdul Hamid, pasukan negara akan menyertai dalam acara Men's Shooting, Men's Triples dan Women's Shooting.

 

Katanya, persiapan bagi menyertai kejohanan ini telah berlangsung dari tahun lepas dan latihan intensif telahpun bermula sejak bulan Januari lalu sehingga kini.

 

Sebagai persiapan menuju ke kejohanan tersebut, pasukan negara katanya, juga telah menyertai kejohanan di luar negara seperti di Thailand pada tahun 2022.

 

Dalam kejohanan tersebut, pasukan negara telah berjaya merah pingat gangsa menerusi Awang Masli bin Haji Mohd. Said.

 

Atlet-atlet yang bakal mewakili negara kali ini jelasnya merupakan atlet veteran yang telah berkecimpung lebih 10 tahun dalam sukan berkenaan dan berharap penampilan mereka di kejohanan ini akan membuahkan hasil yang baik jika mereka bermain dengan konsisten.

 

“Dalam mengikuti kejohanan ini, semua peserta menaruh harapan yang tinggi, namun saya berharap atlet negara mampu memberi saingan sengit dan fokus dalam setiap permainan terutama ketika menghadapi setiap lawan," Kata Awang Hamidun.

 

Salah seorang pemain, Awang Mazlan bin Haji Yahya melahirkan azam untuk melakukan penampilan yang terbaik sekali gus membawa pulang pingat untuk negara.

 

Penyertaannya di kejohanan ini merupakan kali kedua sejak 2011 di Palembang Indonesia di mana pada ketika itu beliau telah menduduki 8 teratas dalam acara 'Men's Single".

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07