FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Sumbangan Kontinjen Karate Harumkan Nama Negara


 


 May 11th, 2023  |  08:18 AM  |   344 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kontinjen Karate Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada 12 orang atlet berserta tiga orang pegawai selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, awal pagi tadi.

 

Skuad karate kebangsaan mengharumkan nama negara dengan berjaya memperolehi dua pingat gangsa di temasya Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-32 di Phnom Penh, Kemboja pada kali ini.

 

Hadir menyambut kepulangan kontinjen di sini, Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud yang juga turut menyampaikan ucapan penghargaan tahniah sekali gus mengalungkan sesandang kepada kedua-dua atlet karate yang berjaya.

 

Atlet sukan Karate negara berjaya membawa pulang dua pingat gangsa melalui Muhd Harith bin Dahlan bagi acara Kumite Lelaki bawah 55 kilogram dan Md. Izzuddin Irfan bin Md. Faizal bagi acara Kumite Lelaki kategori 84 kilogram ke atas.

 

Semasa ditemu bual Pelita Brunei, Muhd Harith teruja dengan pengalaman manisnya dan tak dapat dilupakan meskipun julung kali bertanding di peringkat antarabangsa namun bersyukur kerana hadiah berkenaan dapat mengharumkan nama negara dengan mendapat pingat gangsa di Sukan SEA kali ini.

 

Pemuda berusia 19 tahun berkenaan juga sempat berkongsi pengalaman bahawa penglibatannya di Sukan SEA berkenaan banyak cabaran yang dilaluinya sama ada dari segi fizikal dan mental.

 

Dalam kategori yang diikutinya, Muhd Harith menentang pesaing dari Malaysia dan Laos.

 

''Saya tewas di babak perlawanan pertama dan menang di perlawanan kedua sebanyak 6 - 2 ke atas Laos. Walaupun tewas di babak pertama, bukan alasan saya untuk tewas di babak kedua,'' ujar pemuda yang sudah menceburi bidang karate seawal usia 12 tahun itu.

 

Setelah mendapat kejayaan berkenan, setentunya Muhd Harith nekad untuk tingkatkan lagi usaha sehingga mencapai kejayaan yang lebih tinggi lagi demi menjulang nama negara ke peringkat global.

 

Sementara pemenang pingat gangsa bagi acara Kumite Lelaki kategori 84 kilogram ke atas pula tidak dapat dihuraikan dengan kata-kata kerana terharu dan tidak menyangka penyertaan kali pertamanya berkenaan membuahkan hasil apabila berjaya meraih  pingat gangsa bagi kategori tersebut.

 

Kejayaan Mohammad Izzuddin Irfan berkenaan terhasil setelah bertarung tenaga menewaskan para pesaing daripada lima buah negara yang lain.

 

Demi memajukan prestasi dan kemahiran dalam seni karate berkenaan, pemuda berusia 28 tahun itu berharap agar diberi peluang untuk menimba pengalaman membuat latihan terutama di luar negara bagi persediaan Sukan Asia (Asian Games) di penghujung tahun ini nanti.

 

Tahniah buat skuad karate negara atas kejayaan dan prestasi yang dicurahkan dan semoga akan terus maju dan lebih menyumbang pungutan pingat pada masa hadapan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47