FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Pingat Emas Pertama Negara Bagi Sukan SEA Ke-32


 


 May 11th, 2023  |  08:44 AM  |   417 views

CAMBODIA

 

Atlet wushu negara, Mohd Adi Salihin bin Roslan berjaya menyumbang pingat emas pertama bagi Negara Brunei Darussalam (NBD) pada temasya Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-32, 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, Phnom Penh, Kemboja.

 

Pingat emas yang diraih oleh Muhd Adi Salihin diperolehi melalui acara Men's Nanquan setelah berjaya mengutip mata tertinggi, iaitu 9.636 mata.

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Honorary life President Southeast Asian Games Federation (SEAGF), berkenan berangkat bagi menyempurnakan penyampaian pingat-pingat kepada para pemenang dalam acara Men's Nanquan.

 

Pingat perak diraih oleh Harris Horatius dari Indonesia dengan 9.553 mata manakala pingat gangsa diraih oleh Van Huu Nong dari Vietnam dengan 9.546 mata. Seramai 12 orang atlet bertanding dalam acara tersebut.

 

Pada temasya Sukan SEA 2019, Mohd Adi Salihin memenangi pingat emas pertamanya dan kali kedua pula pada acara Sukan SEA 2021. Pingat emas yang diraihnya pada hari ini merupakan pingat emas ketiga yang dimenangi secara berturut-turut untuk tiga edisi temasya Sukan SEA.

 

Dalam temu bual secara dalam talian bersama Pelita Brunei, Muhd Adi Salihin meluahkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala di atas kemenangannya.

 

''Pertama sekali saya ingin meluahkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Seperti tidak percaya, saya menang pingat emas tiga kali berturut-turut untuk negara. Tetapi benar, usaha gigih memang akan membuahkan hasil.

 

''Saya juga berbesar hati dengan sokongan serta dorongan daripada rakan-rakan atlet senegara yang juga tidak henti-henti memberi semangat supaya membuat persembahan terbaik semasa bertanding.

 

''Saya tidak akan berhenti di sini, saya berharap dapat meneruskan dan membanggakan lagi NBD. InsyaaAllah,'' ujar Muhd Adi Salihin.

 

Dalam pada itu, Muhd Adi Salihin ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS), Jabatan Belia dan Sukan, Majlis Olimpik Kebangsaan, jurulatih, persatuan, keluarga dan rakan-rakan atas sokongan yang tidak henti-henti.

 

Sementara itu, dalam temu bual bersama jurulatih pasukan wushu negara, Li Hui, beliau meluahkan rasa gembira dan bangga atas pencapaian Muhd Adi Salihin.

 

''Hari ini merupakan hari pertama pertandingan kami dan kami berjaya memperolehi pingat emas bagi acara Nanquan.

 

''Ini adalah emas pertama bagi kontinjen NBD. Saya sangat gembira dan sangat bangga dengan Adi,'' katanya lagi.

 

Li Hui juga berkata, untuk pertama kali dalam sejarah sukan negara, pingat emas dimenangi tiga kali secara berturut-turut (untuk tiga edisi Sukan SEA).

 

Beliau menjelaskan walaupun latihan untuk atlet-atlet Wushu sangat mencabar namun dengan sokongan negara, pasukan Wushu berjaya meneruskannya.

 

Satu persembahan yang membanggakan daripada pasukan atlet wushu negara adalah persembahan dalam acara Men's Duilian di mana Majdurano Joel bin Majallah Sain dan Abel Lim Wee Yuan berjaya menambah pingat bagi NBD setelah memperolehi pingat gangsa dengan kutipan 9.283 mata.

 

Pingat emas diraih oleh Thailand dengan kutipan mata 9.350 manakala pingat perak diraih oleh Kemboja dengan kutipan mata 9.316.

 

''Untuk acara Duilian, Joel dan Abel baharu digandingkan dan prestasi mereka banyak meningkat semasa latihan di China dan kini berjaya memperolehi pingat gangsa.

 

''Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah atas sokongan berterusan dan juga kepada KKBS, Persatuan Wushu NBD dan semua penyokong atas segala sokongan yang diberikan dan kami akan terus berusaha untuk yang terbaik dan membanggakan NBD,'' ujar Li Hui lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47