FacebookInstagramTwitterContact

 

Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>           Hersh Goldberg-Polin: Gaza Hostage's Mother Pleads For Ceasefire Deal           >>           Russia Flaunts Western Military Hardware Captured In War In Ukraine           >>           Imagine Football Fiesta Match           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Curi, Ceroboh : Lelaki Tempatan Dipenjara, Sebat


 


 October 13th, 2023  |  08:16 AM  |   2407 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki tempatan, Harun bin Metusin berusia 35 tahun dijatuhkan hukuman lima tahun penjara dan dua kali sebatan atas kesalahan menceroboh bagi tujuan mencuri di Mahkamah Perantaraan, hari ini.

 

Yang Arif Hakim Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni menjatuhkan hukuman terbabit, selepas defendan mengaku bersalah sejurus pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya.

 

Defendan dan dua rakannya iaitu rakan 'H' telah memecah masuk sebuah rumah di Kampung Tanjong Bunut Kanan, manakala rakan 'A' hanya sebagai pemandu pada 11 Februari 2023.

 

Menurut fakta kes, defendan berserta rakan 'H' telah berjaya membuka tingkap rumah tersebut dengan menggunakan tangan lalu memasuki rumah tersebut dengan membawa beberapa kotak untuk mengisi barang yang dicuri.

 

Dalam siasatan polis mendapati pada 12 Febuari 2023 seorang pengadu 'A' menerima pangilan daripada ibunya memaklumkan bahawa abang pengadu melihat ada sebuah troli diletakkan di luar pintu pagar.

 

Pengadu telah memeriksa rumah tersebut dan mendapati bahawa pintu utama rumah tersebut tidak berkunci dan rumahnya telah digeledah.

 

Pengadu juga mendapati ada beberapa barangan milik abangnya turut hilang iaitu sebuah mesin gerudi; sebuah basikal; dan sebuah mesin cuci kereta. Pihak polis tidak berjaya menemukan semula barang curi tersebut.

 

Dalam rekod, defendan mempunyai sabitan jenayah sebelum ini. Mahkamah mengarahkan hukuman penjara berkuat kuasa bermula defendan direman pada 14 Februari 2023.

 

Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Kamal Ariffin bin Ismail memaklumkan kepada mahkamah bahawa semua kejadian berkenaan telah dilaporkan kepada pihak polis oleh mangsa sehingga membawa kepada penahanan defendan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Rohani Haji Abdul Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47