FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Dihukum Penjara Akibat Perbuatan Tidak Senonoh


 


 October 26th, 2023  |  09:07 AM  |   3407 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki warga tempatan dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan iaitu merakam video perempuan yang sedang menukar pakaian di dalam bilik air dengan menggunakan telefon bimbit.

 

Majistret Kanan, Azrimah binti Haji Abdul Rahman memutuskan Mohammad Hassrin bin Mohammad Sandurin, 28 tahun, bertugas sebagai Pengawal Keselamatan di Pusat Pakar Pantai Jerudong (PJSC) dihukum penjara selama sembilan bulan.

 

Menurut fakta kes, defendan melakukan perbuatan tidak senonoh tersebut pada 20 Oktober 2023, kira-kira jam 6.30 pagi sebelum syifnya tamat.

 

Defendan pergi ke bilik air di Tingkat 2 untuk menukar pakaian. Setelah sampai di bilik persalinan berkenaan, didapati lantai di bilik tersebut basah dan singki tidak berfungsi. Maka defendan memutuskan untuk menukar pakaian di bilik di Tingkat 8.

 

Sebelum defendan meninggalkan bilik persalinan di Tingkat 2 berkenaan, defendan meninggalkan beg hijaunya dan tablet jenama Xiaomi di bawah singki dalam keadaan berdiri untuk merakam rakan sekerjanya, Dayang X.

 

Pada 20 Oktober 2023 kira-kira jam 6.55 pagi, Dayang X masuk ke bilik di Tingkat 2 dan menukar pakaian. Semasa mangsa membongkok untuk memakai kasut, mangsa mendapati ada tablet berwarna kelabu di bawah singki bersebelahan dengan beg hijau yang dikenalinya kepunyaan beg defendan. Tanpa berfikir panjang, Dayang X terus meninggalkan bilik berkenaan.

 

Dayang X berasa tidak senang dan segera memaklumkan rakan sekerjanya tentang tablet yang dilihatnya di bawah singki bilik di Tingkat 2.

 

Selepas itu, defendan diberkas oleh pihak polis. Setelah diperiksa ke atas tablet berkenaan, mereka menemui video yang dirakam secara sulit semasa Dayang X menukar pakaian.

 

Defendan dalam kenyataannya mengaku merakam Dayang X yang berada di bilik Tingkat 2 untuk kepuasan seksual. Dalam rekod, defendan tidak mempunyai sabitan terdahulu.

 

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Atiyyah Azzahra binti POKLSDSLJ Awang Haji Abas.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Rohani Haji Abd. Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47