FacebookInstagramTwitterContact

 

Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Perhimpunan Agung HK Diraikan Meriah, Penuh Semangat Patriotik


Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Masri Osman, Hamzah Mohidin, Mohd. Sahrizal Haji Said, Hernie Suliana Haji Othman, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Muhammad Asri Haji Awang Abas, Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman, Alishahrin Haji Mumin

 


 February 25th, 2024  |  07:18 AM  |   224 views

BERAKAS

 

Stadium Negara Hassanal Bolkiah sekali lagi menjadi saksi terpahat sejarah dalam meraikan empat dekad kemerdekaan Negara Brunei Darussalam dengan Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan (HK) Negara Brunei Darussalam (NBD) Ke-40, Tahun 2024.

 

Hujan lebat yang turun seketika sebelum upacara bermula tidak melemahkan semangat cintakan negara yang terpancar pada setiap wajah ribuan rakyat daripada segenap lapisan umur yang membanjiri Stadium Negara Hassanal Bolkiah hari ini untuk meraikan Sambutan Ulang Tahun HK NBD Ke-40, Tahun 2024.

 

Bertemakan 'Bersatu Mencapai Cita Negara', kemeriahan upacara itu dapat disaksikan melalui semangat patriotik dan rasa teruja yang dizahirkan oleh setiap peserta yang menjayakan sambutan berkenaan yang hadir sejak awal pagi lagi.

 

Semangat itu terus berkobar dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam yang berkenan bercemar duli bagi menyertai rakyat dan penduduk di negara ini ke upacara tersebut.

 

Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

 

Turut berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna serta kerabat diraja yang lain.

 

Upacara sambutan secara rasmi bermula dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha sekitar pukul 9.00 pagi.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun HK NBD Ke-40 serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan yang lain.

 

Upacara Perhimpunan Agung sempena Ulang Tahun HK NBD Ke-40 kali ini melibatkan kira-kira 25,000 peserta mewakili pelbagai sektor dan agensi pembangunan negara, termasuk belia, mewakili sekolah-sekolah menengah, maktab-maktab dan institusi pengajian tinggi, persatuan-persatuan serta masyarakat umum yang menyertai dalam Acara Perbarisan dan Persembahan Padang.

 

Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dikumandangkan sejurus keberangkatan tiba dan setelah itu Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung bagi memeriksa Pasukan Perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada 409 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).

 

Acara sambutan kali ini disusun atur mengikut kumpulan di hadapan Pentas Diraja yang diselang-selikan oleh Perbarisan Lalu dengan setiap segmen didahului oleh persembahan dan diikuti oleh Perbarisan Lalu, iaitu Persembahan 'Cita Bangsa, Sejarah Terukir' dengan Perbarisan Lalu dari Kepala Perbarisan dan Pasukan Beruniform serta Sektor Awam dan Persembahan 'Bersatu Mempertahankan Bangsa' dengan Perbarisan Lalu dari Kumpulan Pendidikan, Persatuan dan Swasta.

 

Perbarisan Lalu di hadapan Pentas Diraja oleh lebih 14,120 peserta yang mewakili 170 buah pasukan didahului oleh Kepala Perbarisan iaitu Pembawa Bendera Negara Brunei Darussalam dan Bendera Logo yang diikuti oleh Pasukan Pembaca Ikrar, Pasukan Beruniform; Pasukan Kadet dan Persatuan Beruniform; Pasukan Beruniform Lain; Pasukan Sektor Awam; Pasukan Jabatan-jabatan Daerah dan Pasukan Badan Berkanun.

 

Hadirin kemudian dipersembahkan dengan Persembahan Gerak Silat 'Cita Bangsa, Sejarah Terukir' yang disertai kira-kira seramai 1,000 peserta, terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah kerajaan, sekolah-sekolah swasta dan pelatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), anggota PPDB dengan sokongan 1,800 peserta Pasukan Human Led, 250 peserta koir mewakili kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan Kerajaan serta belia dan kira-kira 130 pemain Orkestra Kebangsaan.

 

Turut menarik perhatian ramai ialah Persembahan Mini Tatu 'Bersatu Mempertahankan Bangsa' yang dipersembahkan oleh 500 anggota ABDB dengan pembentukan formasi corak menggambarkan transisi pencapaian pemacu pemodenan NBD, seiring dengan peredaran masa. Ini diikuti dengan Persembahan Terjun Payung oleh empat penerjun ABDB, diketuai oleh 717 Mejar Moza Syaffiarizal dari Rejimen Pasukan Khas.

 

Acara disusuli lagi dengan Perbarisan Lalu daripada Kumpulan Pendidikan, Persatuan dan Swasta yang mewakili Pasukan Institusi Pengajian Tinggi; Pasukan Pendidikan Pasca Menengah; Pasukan Pendidikan Ugama; Pasukan Pendidikan Menengah Kluster I, II, III, IV, V dan VI, Pasukan Orang Kelainan Upaya dan Warga Emas; Pasukan Gabungan Warga Negara Sahabat; Pasukan Gabungan Persatuan Sukan Kebangsaan; Pasukan Persatuan Belia dan Komuniti; Pasukan Gabungan Persatuan-persatuan Umum; Pasukan Gabungan Sektor Swasta dan Institusi Kewangan; Pasukan Gabungan Syarikat Darussalam Asset dan Anak-anak Syarikat; Pasukan Gabungan Industri Minyak dan Gas, Pasukan Gabungan Perusahaan Kecil dan Sederhana, Pasukan Cemerlang dan Pasukan 7 Puak Jati Brunei.

 

Seterusnya, Ikrar Hari Kebangsaan dilafazkan yang dikepalai oleh Pegawai Penjara di Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Amirulmukmenin bin Haji Omar sebagai tanda menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala dan seterusnya sebagai tanda bersatu padu dan menumpukan taat setia di bawah pimpinan Kebawah DYMM.

 

Pasukan Pembaca Ikrar melibatkan seramai 84 peserta belia terdiri daripada para belia gabungan pegawai dalam sektor kerajaan, swasta dan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mempunyai latar belakang akademik yang pelbagai, berpotensi, berkemahiran, cemerlang, berdaya tahan dan mampu menanai serta mendukung tema Hari Kebangsaan 'Bersatu Mencapai Cita Negara' dan sekali gus menjayakan Wawasan Brunei 2035.

 

Stadium Negara Hassanal Bolkiah kemudian bergema dengan laungan takbir 'Allahuakbar' yang dilaungkan sebanyak tiga kali dipimpin oleh Penerbit Tingkat I, di Jabatan Radio Televisyen Brunei, JPM, Awang Mohammad Naqiuddin bin Haji Ismail.

 

Sambutan terus diwarnai dengan Persembahan Tema 'Bersatu Mencapai Cita Negara' bagi meraikan kejayaan 40 Tahun Kemerdekaan NBD, dijayakan oleh 11,000 peserta. Upacara ditutup dengan nyanyian Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' diikuti terbang lalu empat buah Pesawat Black Hawk dan dua buah Pesawat C295MW Tentera Udara Diraja Brunei.

 

Sebelum berangkat meninggalkan upacara, Kebawah DYMM berkenan bercemar duli menerima junjung ziarah sambil berkenan bergambar bersama para peserta yang menjayakan sambutan tahun ini.

 

Empat dekad NBD mencapai kemerdekaan, pelbagai onak dan ranjau ditempuhi untuk berjaya pada hari ini, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain, berdiri sebagai sebuah negara yang berdaulat. Di bawah kepimpinan Kebawah DYMM pelbagai kemajuan dan transformasi telah dilaksanakan di mana negara terus menikmati keamanan dan kesejahteraan.

 

Untuk itu, sebagai rakyat dan penduduk yang bernaung di bawah bumi indah permai NBD, marilah kita merafakkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dapat menyambut HK Ke-40 pada tahun ini dan sama-sama berdoa semoga NBD akan terus aman, makmur dan berjaya mencapai hasrat Wawasan Brunei 2035.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07