FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penurunan Bendera Negara Berjalan Lancar


Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

 


 February 26th, 2024  |  07:48 AM  |   108 views

KUALA BELAIT

 

Upacara Menurunkan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam (NBD) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD Ke-40, Tahun 2024 berlangsung petang tadi di kawasan Menara Cendera Kenangan, di sini.

 

Bendera besar yang berkibar di kawasan tersebut diturunkan bagi menandakan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD Ke 40 Tahun telah berakhir.

 

Hadir menyaksikan upacara penurunan bendera tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad selaku tetamu kehormat majlis.

 

Turut hadir, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Ketua-ketua Jabatan dan Cawangan Daerah Belait, Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung, Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, wakil-wakil dari pihak swasta dan wakil dari persatuan-persatuan.

 

Upacara dimulakan dengan pasukan Pengibar Bendera NBD bergerak masuk yang terdiri daripada anggota-anggota Pasukan Polis Diraja Brunei yang akan menurunkan bendera.

 

Selepas menyanyikan lagu kebangsaan, bendera diturunkan oleh Pasukan Pengibar Bendera dan diserahkan kepada Pemangku Pegawai Daerah Belait untuk disimpan.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Imam Masjid Kampung Sungai Teraban, Kuala Belait, Awang Mohd. Nor Islam bin Md Suria.

 

Dengan adanya majlis tersebut, ia menandakan bahawa atur cara sempena Hari Kebangsaan NBD berakhir.

 

Orang ramai juga hendaklah menurunkan bendera mereka mulai dari hari ini dan hendaklah melipatnya dengan kemas serta menyimpannya di tempat yang bersesuaian.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haniza Abdul Latif

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47