FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pamer Kecintaan, Semangat Patriotisme Kepada Negara


Ihsan Majlis Perundingan Kampung Jerudong 'B'

 


 February 26th, 2024  |  08:00 AM  |   131 views

JERUDONG

 

Tarikh 23 Februari setiap tahun akan sentiasa dikenang dan diingati oleh setiap rakyat dan penduduk yang bernaung di bumi Negara Brunei Darussalam (NBD).

 

Pada tarikh berkenaan merupakan tarikh di mana NBD meraikan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan (HK) yang merupakan hari yang sangat agung dan istimewa bagi sesebuah negara.

 

Sejak mencapai kemerdekaan pada 1984, NBD kini menganjak 40 tahun usia kemerdekaannya dan dalam tempoh berkenaan negara terus berkembang maju selaras dengan peredaran semasa.

 

Dalam sama-sama meraikan Sambutan Ulang Tahun HK NBD Ke-40, Tahun 2024, rakyat dan penduduk di negara ini tidak ketinggalan mempamerkan semangat patriotisme serta taatsetia yang tidak berbelah bahagi ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerajaan baginda dalam mendukung Wawasan Brunei 2035 dengan berteraskan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB).

 

Beberapa ahli dari Majlis Perundingan Kampung Jerudong 'B' mengongsikan harapan masing-masing terhadap perkembangan negara.

 

Menurut Dayang Sisah binti Haji Abdul Raham, beliau menzahirkan rasa syukur kerana  pihak kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam banyak memberi kemudahan untuk memperkembangkan kemajuan negara yang telah mencapai kemerdekaan ke-40 tahun.

 

Sebagai rakyat tambahnya, kami akan terus menyokong dengan penuh semangat patriotisme dan berdoa agar NBD akan sentiasa aman makmur di bawah perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Manakala, Dayang Ainon binti Haji Ompak pula merafakkan doa agar tanah air tercinta, NBD akan terus maju jaya, aman damai di bawah pimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Sementara itu, harapan yang sama juga dizahirkan oleh Dayang Kelias binti Haji Tujoh yang berharap agar NBD akan sentiasa aman dan makmur, mempunyai ekonomi yang mampan, rakyat yang intelek, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta tidak camah mata serta mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

 

Beliau juga turut berdoa semoga rakyat dan negara ini akan sentiasa dalam terpelihara di bawah lindungan Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Ya Rabbal Alamin.

 

Oleh itu, bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun HK NBD Ke-40, Tahun 2024 ini marilah kita semua rakyat dan penduduk di bumi Darussalam ini saling berganding bahu dan memperkukuh semangat cintakan negara dalam diri masing-masing dan seterusnya sama-sama berusaha membangun negara yang kita cintai ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47