FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Istiadat Pembukaan Rasmi MMN, 27 Februari


 


 February 26th, 2024  |  08:08 AM  |   191 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) akan berlangsung pada Selasa, 17 Syaaban 1445 Hijrah bersamaan dengan 27 Februari 2024 Masihi bertempat di Bangunan Dewan Majlis.

 

Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 MMN akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan pengurniaan titah sebagai tanda bermulanya Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 MMN.

 

Persidangan MMN akan dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib dan dibantu oleh Jurutulis Majlis Mesyuarat Di-Raja, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah.

 

Persidangan Majlis Mesyuarat tahun ini akan membincangkan dan meluluskan perkara utama iaitu Rang Undang-undang (2024) Perbekalan, 2024 / 2025, melalui tiga peringkat sebelum ia dapat diluluskan sepenuhnya dan diwartakan untuk diguna pakai bermula 1 April 2024.

 

MMN merupakan satu ciri dan tradisi penting dalam sistem pemerintahan beraja, yang dipegang teguh selama lebih dari satu abad. Berpangkal daripada perbincangan konsultatif yang diadakan dalam suasana harmoni, bersatu padu, dan saling hormat-menghormati, MMN dengan tegas mematuhi nilai-nilai dan prinsip-prinsip Melayu Islam Beraja (MIB) serta memperkukuhkan lagi hubungan antara rakyat dan kerajaan.

 

Ahli-ahli MMN adalah sebagai wakil kepada suara rakyat negara dan Persidangan MMN berfungsi sebagai sebuah landasan bagi wakil-wakil yang dilantik untuk menyuarakan isu-isu kebangsaan melalui perbincangan yang strategik serta menyumbangkan idea-idea kepada memperkukuhkan dasar-dasar kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

 

Ahli-ahli MMN seramai 34 orang terdiri daripada Ahli Rasmi Kerana Jawatan, Orang-orang Bergelar, Orang-orang yang Telah Mencapai Kecemerlangan dan Wakil-wakil yang Dilantik dari keempat-empat buah daerah di Negara Brunei Darussalam (NBD).

 

Matlamat utama MMN adalah bagi mewujudkan kemakmuran, kemajuan, keamanan dan keselamatan untuk mengekalkan NBD sebagai sebuah kerajaan berperlembagaan yang adil, berdaulat, aman, makmur dan penuh kebahagiaan, kekal kukuh dan utuh di bawah bimbingan serta rahmat Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Para jemputan khas dan jemputan-jemputan ke Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 MMN adalah dinasihati untuk melakukan Ujian Pantas Antigen (ART) sebelum menghadiri istiadat, memuat naik keputusan ART ke dalam aplikasi BruHealth dan menunjukkannya kepada Ahli Jawatankuasa Jemputan yang bertugas. Para jemputan yang mempunyai gejala-gejala seperti demam, batuk, selesema dan masalah pernafasan adalah dinasihatkan tidak hadir ke istiadat tersebut.

 

Sesi Persidangan MMN akan diadakan sehari selepas Istiadat Pembukaan Rasmi atau pada hari dan waktu yang ditetapkan oleh Yang Di-Pertua MMN. Sesi Persidangan MMN ini dibukakan kepada orang awam yang berminat untuk melihat dan mendengarkan perbincangan dan perbahasan di dalam Dewan Persidangan MMN.

 

Ia juga boleh dihadiri oleh mana-mana institusi pendidikan yang berminat untuk memberikan pendedahan kepada penuntut-penuntut atau mahasiswa / mahasiswi mengenai tatacara membincangkan sesebuah rang undang-undang di NBD.

 

Sehubungan dengan ini, orang ramai yang berminat untuk menghadiri Sesi Persidangan adalah dipohonkan untuk mematuhi peraturan dan garis pandu persidangan khususnya berkenaan dengan kod pakaian dan tatacara memasuki Dewan Persidangan.

 

Bagi orang ramai yang memerlukan perkhidmatan peralihan bahasa (translation services) bolehlah memohonkan kepada Urusetia MMN Ke-20 iaitu 24 jam sebelum ia diperlukan.

 

Rakaman persidangan harian juga boleh diikuti melalui saluran RTB Perdana dan RTB Sukmaindera pada pukul 9.00 malam bagi rakaman sesi pagi dan diikuti lagi pada pukul 11.00 malam bagi rakaman sesi petang. Laporan harian juga boleh diakses melalui laman sasawang rasmi MMN iaitu 'www.majlis-mesyuarat.gov.bn' dan 'www.councils.gov.bn'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47