FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Menggalakkan Pelbagai Ekonomi Melalui Pembangunan Industri, Sektor Baharu


Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 February 27th, 2024  |  08:11 AM  |   104 views

TUNGKU LINK

 

Negara Brunei Darussalam (NBD) telah mencapai kemajuan yang ketara menerusi kepelbagaian ekonomi sepanjang dekad yang lalu ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035.

 

Pelbagai dasar dan inisiatif dilaksanakan untuk mengurangkan kebergantungan kepada minyak dan gas dengan mewujudkan ekonomi yang lebih pelbagai, berdaya tahan dan mapan.

 

Usaha berkenaan telah membuahkan hasil yang positif, dengan sektor bukan minyak dan gas menyumbang bahagian yang semakin meningkat dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

 

Setiausaha Tetap (Wawasan), Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohamad, menyatakan perkara demikian dalam ucapannya selaku tetamu kehormat majlis pada Forum Brunei yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam, di sini.

 

"Salah satu strategi utama yang telah diguna pakai oleh NBD untuk menggalakkan kepelbagaian ekonomi adalah melalui pembangunan industri dan sektor baharu seperti pelancongan, industri halal, ICT, dan pembuatan.

 

"Sektor-sektor ini bukan sahaja menyediakan sumber pendapatan baharu tetapi juga menjana peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

 

"NBD juga telah menumpukan usaha untuk meningkatkan persekitaran perniagaannya dalam menarik pelaburan langsung asing dan menggalakkan keusahawanan," kata Pengiran Hajah Siti Nirmala.

 

Pembaharuan berkenaan tambahnya, telah dilaksanakan untuk menyelaraskan peraturan perniagaan, menambah baik infrastruktur dan menyediakan insentif untuk pelaburan. 

 

Langkah-langkah ini jelasnya, telah membantu mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk perniagaan berkembang maju dan menyumbang kepada matlamat kepelbagaian ekonomi negara.

 

Pengiran Hajah Siti Nirmala seterusnya berkata, satu lagi elemen penting dalam pembangunan ekonomi NBD ialah penekanan terhadap pembangunan modal insan melalui pelaburan dalam program pendidikan dan latihan kemahiran untuk melengkapkan tenaga kerjanya dengan kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang diperlukan untuk industri baharu muncul.

 

"Tumpuan kepada pembangunan modal insan ini memastikan NBD mempunyai tenaga kerja yang berdaya saing dan berkemahiran yang boleh memacu inovasi dan produktiviti dalam sektor bukan minyak dan gas.

 

"Alhamdulilah, secara keseluruhan, NBD telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan ke arah mencapai tiga matlamat Wawasan Brunei 2035, melalui whole-of-nation efforts, daripada pihak kerajaan, sektor swasta, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan rakyat," ujarnya.

 

Namun begitu, katanya, penambahbaikan berterusan dan langkah-langkah proaktif sedang dilakukan untuk mencapai impak transformatif menjelang tahun 2035.

 

Beliau seterusnya berkata bahawa NBD juga komited untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menjelang 2030 yang bertujuan untuk menggalakkan dunia yang lebih mapan dan inklusif, membasmi kemiskinan, melindungi bumi ini dan memastikan kemakmuran untuk semua.

 

"NBD telah mencapai kemajuan yang ketara dalam mencapai SDG, khususnya dalam bidang seperti pendidikan, penjagaan kesihatan, dan kemapan alam sekitar," ujarnya.

 

Pengiran Hajah Siti Nirmala juga menjelaskan bahawa NBD telah melaksanakan pelbagai dasar dan inisiatif untuk menangani isu-isu berkenaan dan meningkatkan kesejahteraan rakyatnya termasuk melabur dalam program-program kebajikan sosial, melaksanakan amalan pembangunan mapan, dan menggalakkan sistem pendidikan serta penjagaan kesihatan yang inklusif.

 

Menurutnya, JPM sebagai agensi tumpuan untuk memantau pelaksanaan SDG, sedang berusaha untuk melibatkan diri, mendidik, dan membolehkan lebih banyak kemapanan melalui pendekatan seluruh negara serta kerjasama antarabangsa.

 

"Walaupun NBD telah mencapai kemajuan yang ketara dalam kedua-dua Wawasan Brunei 2035 dan SDG, ini adalah perjalanan yang panjang dan terdapat keperluan untuk mengkaji dan menambah baik secara berterusan untuk memupuk inovasi dan keusahawanan, meningkatkan keterangkuman sosial, dan menangani perubahan iklim dan kelestarian alam sekitar," katanya.

 

"Forum Brunei memberi peluang kepada mereka yang terlibat untuk menangani isu-isu penting yang berkaitan bagi mencapai Wawasan Brunei 2035 dan mendekatkan negara kepada SDG.

 

"Pelbagai isu akan dibentangkan pada forum berkenaan termasuk masa hadapan budaya dan warisan kita, infrastruktur ekonomi, gaya hidup dan biodiversiti," ujarnya lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47