FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Istiadat Pembukaan Rasmi MMN Ke-20 Disempurnakan


Mohamad Azmi Awang Damit, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 February 28th, 2024  |  08:25 AM  |   205 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Persidangan Majlis Mesyuarat tahun ini akan membincangkan dan meluluskan perkara utama iaitu Rang Undang-undang (2024) Perbekalan, 2024 / 2025, melalui tiga peringkat sebelum ia dapat diluluskan sepenuhnya dan diwartakan untuk diguna pakai bermula 1 April 2024.

 

Sehubungan itu, Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi telah berlangsung hari ini dan berkenan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Berangkat sama, paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja di Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis dijunjung oleh Yang Di-Pertua MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib dan Jurutulis Majlis Mesyuarat Di-Raja, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah.

 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memasuki Dewan Persidangan didahului dengan perarakan masuk Cokmar MMN. Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berkenan mengurniakan titah sebagai tanda bermulanya Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 MMN.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Terdahulu, sebelum Istiadat Pembukaan Rasmi berlangsung, Persidangan MMN bersidang untuk meneliti dan mengesahkan Minit Persidangan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN, Negara Brunei Darussalam yang telah bersidang selama 18 hari mulai 2 hingga 28 Mac 2023.

 

Persidangan tersebut kemudiannya ditangguhkan bagi Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 MMN dan Sesi Persidangan MMN akan disambung bersidang pada Rabu, 28 Februari bermula pada pukul 9.30 pagi.

 

Persidangan MMN akan dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman dan dibantu oleh Jurutulis Majlis Mesyuarat Di-Raja, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Dr. Dayang Hajah Huraini.

 

Sesi Persidangan MMN ini dibukakan kepada orang awam yang berminat untuk melihat dan mendengarkan perbincangan dan perbahasan di dalam Dewan Persidangan MMN. Ia juga boleh dihadiri oleh mana-mana institusi pendidikan yang berminat untuk memberikan pendedahan kepada penuntut-penuntut atau mahasiswa / mahasiswi mengenai tatacara membincangkan sesebuah rang undang-undang di Negara Brunei Darussalam.

 

Sehubungan dengan ini, orang ramai yang berminat untuk menghadiri Sesi Persidangan adalah dipohonkan untuk mematuhi beberapa peraturan dan garis pandu persidangan khususnya berkenaan dengan kod pakaian dan tatacara memasuki Dewan Persidangan. Bagi orang ramai yang memerlukan perkhidmatan peralihan bahasa (translation) bolehlah memohonkan kepada Urus Setia MMN Ke-20 iaitu 24 jam sebelum ia diperlukan.

 

Rakaman persidangan harian juga boleh diikuti melalui saluran RTB Perdana dan RTB Sukmaindera pada pukul 9.00 malam bagi rakaman sesi pagi dan diikuti lagi pada pukul 11.00 malam bagi rakaman sesi petang. Laporan harian juga boleh diakses melalui laman sesawang rasmi MMN 'www.majlis-mesyuarat.gov.bn' dan 'www.councils.gov.bn'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47