FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


RKN Penting Untuk Capai Aspirasi Wawasan Brunei 2035


Mohamad Azmi Awang Damit, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 February 28th, 2024  |  08:29 AM  |   245 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Projek-projek pembangunan Rancangan Kemajuan Negara (RKN) Ke-12 diharap akan dapat dipercepatkan mengikut garis masa yang sudah ditentukan.

 

Justeru itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya menekankan bahawa RKN mempunyai peranan penting ke arah mencapai aspirasi Wawasan Brunei 2035.

 

Dari segi pembangunan negara pula, Kebawah Duli Yang Maha Mulia semasa bertitah pada Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat negara (MMN) yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis di sini juga menyatakan, bahawa RKN Ke-12 akan bermula pada Tahun Kewangan 2024/2025 ini bagi tempoh lima tahun.

 

Baginda menambah, adalah juga menjadi harapan kita supaya Blueprint-Blueprint yang berkaitan dengan perekonomian, akan mendorong kepada pertumbuhan sektor yang disasarkan, dan dapat menarik lebih banyak lagi pelaburan langsung asing yang berpotensi untuk menjana peluang-peluang pekerjaan baharu.

 

Terdahulu, Kebawah DYMM bertitah, MMN adalah merupakan medan untuk melahirkan pendapat dan buah fikiran yang membina oleh para ahli.

 

Ia dihasratkan kekal relevan untuk membincang perkara-perkara strategik yang bermanfaat bagi rakyat dan negara.

 

Baginda berharap, Ahli-ahli Yang Berhormat akan sentiasa peka untuk mengikuti perkembangan yang berlaku, bukan sahaja di dalam negara, malah juga di peringkat serantau mahupun antarabangsa.

 

“Ini semua boleh memberikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat perspektif berbeza serta idea-idea baharu, yang boleh menyuntik kemajuan dalam bidang-bidang utama yang diperlukan.

 

“Secara khusus, beta juga mahu Ahli-ahli Yang Berhormat yang dilantik akan sentiasa 'turun padang' untuk bermuzakarah dengan pihak-pihak berkepentingan dari sektor Kerajaan, Swasta, Persatuan-persatuan dan lebih-lebih lagi para penduduk yang diwakili masing-masing," titah baginda.

 

Kebawah DYMM percaya perundingan timbal-balik ini akan memastikan 'inclusiveness' kesemua pihak dan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat, serta membantu reka dasar kerajaan baginda.

 

Untuk akhirnya, baginda sekali lagi menyarankan agar persidangan ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi mencapai objektif pembangunan dan kemajuan negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47