FacebookInstagramTwitterContact

 

Hidden Epidemic: Oral Infections And How To Prevent Them           >>           NYC Wants All Uber And Lyft Cars To Be Electric By 2030           >>           Experts Warn AI Could One Day 'Kill Everyone' And Human Race Would Be Like 'The Dodo'           >>           'I Have No Friends At My Work - So I'm Forced To Eat My Lunch Alone In The Toilet'           >>           Gerard Butler Says He Almost Killed Co-Star Hilary Swank While Filming P.S. I Love You           >>           Kourtney Kardashian's Naked Dress Is Her Most Unconventional Look Yet           >>           Pete Davidson And Chase Sui Wonders Continue To Heat Up Hawaii With PDA Outing           >>           Adani Group: Asia's Richest Man Hits Back At 'Con' Allegations           >>           US Economic Growth Stronger Than Expected           >>           Hemp Makes A Comeback In The Construction Industry           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:05 AM

Subuh

: 05:15 AM

Syuruk

: 06:36 AM

Doha

: 06:59 AM

Zohor

: 12:34 PM

Asar

: 03:55 PM

Maghrib

: 06:30 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat menghadiri Istiadat Persandingan Diraja


Siaran Akhbar : Pejabat Kebawah DYMM / Foto : Hamzah Mohidin

 


 August 15th, 2017  |  10:21 AM  |   997 views

JOHOR BAHRU

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Istana Besar Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim bagi Istiadat Persandingan Diraja Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim dan Encik Dennis Muhammad Abdullah yang berlangsung di Balai Singgahsana dan juga Majlis Persantapan di Dewan Santapan.

 

Berangkat sama ke istiadat-istiadat berkenaan ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

 

Keberangkatan baginda berdua dan kerabat diraja di Istana Besar Johor Bahru dialu-alukan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor.

 

 

 

Istiadat Persandingan Diraja dimulakan dengan Istiadat Merenjis dan Menepung Tawar kepada pasangan Pengantin Diraja. Sebelum istiadat tersebut bermula, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Negeri Johor Darul Ta'zim, Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato Haji Tahrir bin Dato Kiyai Shamsuddin.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah dijunjung bagi memulakan Istiadat Merenjis dan Menepung Tawar kepada kedua mempelai dan diikuti oleh ayahanda dan bonda kedua pasangan Pengantin Diraja dan juga kerabat diraja yang lain.

 

Istiadat Merenjis dan Menepung Tawar Pengantin Diraja disusuli dengan Majlis Santapan yang berlangsung di Dewan Santapan, Istana Besar Johor Bahru.  Majlis dimulakan dengan bacaan Doa oleh Mufti Negeri Johor Darul Ta'zim.

 

Sebelum berangkat meninggalkan Istana Besar Johor Bahru, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan untuk menyampaikan ucapan selamat kepada kedua pasangan Pengantin Diraja.

‚Äč

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


China To Resume Direct Flights To Sabah Next Month

 2023-01-27 10:44:54

Cost Of Living: How Onions Became A Luxury In The Philippines

 2023-01-27 10:47:10

Adani Group: Asia's Richest Man Hits Back At 'Con' Allegations

 2023-01-27 11:26:56