FacebookInstagramTwitterContact

 

Charity Event Collection Presentation           >>           National Adau Gayoh Festival Appreciation Ceremony           >>           Korean-Brunei Art Exhibition           >>           Ops Tupai           >>           Convocation Ceremony           >>           Intending Pilgrims Activities           >>           Arrival of Second Intending Pilgrims           >>           Third Flight of Intending Haj Pilgrims Leave for Holy Land           >>           Congratulatory Messages           >>           His Majesty Unscheduled Visit to Ministry of Health           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


15 Suspek Ditahan Dalam Operasi Serbuan


PERALATAN untuk kegiatan judi jenis katam-katam turut dirampas di lokasi perjudian, Unit B9 Tkt 2 Blok B Lee Chai Industrial Park, Tungku Link Kampung Pangkalan Gadong.

 


 May 5th, 2018  |  10:23 AM  |   529 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) melalui Operasi Serbuan pada, Khamis, 3 Mei 2018 telah berjaya membongkar kegiatan perjudian.

 

Serbuan yang dijalankan di Unit B9 Tingkat 2, Blok 'B' Lee Chai Industrial Park, Tungku Link Kampung Pangkalan Gadong mendapati terdapat kegiatan perjudian Katam-katam dan daun terup sedang dijalankan.

 

Seramai 15 suspek telah ditahan yang melibatkan tujuh warganegara tempatan, tiga warganegara tetap dan lima warganegara Malaysia yang berusia sekitar  30 ke-60 tahun.

 

Pihak polis juga menjumpai peralatan yang digunakan untuk kegiatan judi jenis katam-katam termasuk kain katam, tempat mengisi buah dadu (Kong) bersama dadunya, beberapa set daun terup dan sejumlah wang tunai yang dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian.

 

Kesemua suspek dan barang-barang rampasan dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk siasatan lanjut.

 

Sehubungan itu, Pasukan PDB mengalu-alukan sokongan yang tunjukkan oleh masyarakat awam dalam membantu pihak polis membasmi kegiatan jenayah di kawasan kampung setempat, dengan menyalurkan maklumat yang membolehkan tindakan dibuat sewajarnya.

 

Oleh yang demikian, orang ramai yang mengetahui atau mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang, disarankan supaya melaporkannya ke balai polis berdekatan atau terus menghubungi pihak polis melalui talian 993.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Race To Rescue Villagers Trapped After Deadly Landslide

 2024-05-26 00:18:23

Joy And Disbelief As Post Office Convictions Quashed

 2024-05-25 11:09:06