FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Berangkat Ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakaan hadiah k

 


 June 2nd, 2018  |  10:12 AM  |   606 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1439 Hijrah di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

 

Keberangkatan tiba Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1439 Hijrah dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.

 

Berangkat sama, paduka-paduka anakanda Kebawah DYMM, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned diikuti dengan sembah alu-aluan daripada Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, yang antaranya menyembahkan mengenai tema Nuzul Al-Quran tahun ini, iaitu 'Al-Quran Sumber Kepimpinan Adil'.

 

Jelas Yang Berhormat,  Kitab Allah ini datangnya daripada berbagai sumber, di antaranya ialah sumber petunjuk yang lurus, iaitu Aqwam firman Allah Ta'ala dari Surah Al-Israa ayat 9 dan sumber pengajaran yang memperingatkan serta menyedarkan sekalian manusia tentang nilai baik - buruk sesuatu, iaitu firman Allah Ta'ala dari Surah Yunus ayat 57 serta sumber penenang hati daripada bimbang ragu dan gundah gulana - firman Allah Ta'ala dalam Surah Ar-Ra'du.

 

Yang Berhormat berkata, ternyata semua sumber yang disebutkan ini adalah unsur-unsur yang berpengaruh di dalam menegakkan keadilan.

 

''Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran pada tahun ini diungkayahkan bersama dengan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian Kewangan, Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn. Bhd., (BSP) dan anak-anak syarikatnya, iaitu Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn. Bhd., (BSM), Syarikat Brunei LNG Sdn. Bhd., dan Brunei Gas Carriers Sdn. Bhd., (BGC). Usahasama ini akan berterusan secara bergilir-gilir bagi membawai sektor awam dan swasta yang berkecimpung di dalam berbagai jurusan, untuk sama-sama berganding bahu memperkasa syi'ar Islam di negara ini, serta menanai amanah ugama yang menganjurkan kehidupan yang saling bersatu demi mengukuhkan lagi perpaduan, yang seterusnya membawa kepada keamanan negara dan kesejahteraan rakyat serta penduduk,'' jelas Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat menambah, sambutan Nuzul Al-Quran turut diserikan dengan persembahan dari lima orang peserta terbaik di Musabaqah Menghafaz Ayat-Ayat Suci Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan. Musabaqah berkenaan adalah projek tahunan yang menjadi perisian sebahagian Sambutan Nuzul Al-Quran.

 

Pada tahun ini ujar Yang Berhormat, seramai 309 peserta telah mengikuti Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya di Peringkat Kebangsaan, berbanding dengan tahun lepas sebanyak 209 penyertaan.

 

Yang Berhormat menjelaskan, peningkatan itu amat menggalakkan. Mudah-mudahan penyertaan ini berterusan mencapai hasrat bahawa bidang hafazan Al-Quran sentiasa dekat di hati muda belia dan mendorongkan mereka untuk terus menghafaznya dan menjaga hafazan mereka, iaitu sebahagian daripada maksud Celik Al-Quran. ''Celik Al-Quran itu tidak setakat pandai membaca selengkapnya, iaitu bacaan bertajwid dan bertarannum atau menghafalkan ayat-ayatnya. Celik Al-Quran selengkapnya ialah dengan mengetahui makna yang dibaca dan tafsiran ayat yang dibaca, lalu memahami pengajaran-pengajarannya. Kerana itulah, kita terus menerus berusaha memperbaiki mutu pembelajaran Al-Quran, yang mana kajian-kajian lanjut akan dibuat supaya kitab suci Al-Quran akan sentiasa menjadi nur cahaya kehidupan kita,'' ujar Yang Berhormat.

 

Majlis diteruskan dengan pengurniaan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam diikuti dengan Pemakluman Keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi yang disampaikan oleh Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, selaku Pengerusi Jemaah Hakim, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali.

 

Ceramah Khas bertajuk 'Al-Quran Sumber Kepimpinan Adil'  yang disampaikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Jabatan Perdana Menteri, Yang Arif Pengiran Dato Seri Setia Haji Tashim bin Pengiran Haji Hassan turut menyerikan majlis .

 

Majlis diteruskan dengan persembahan Peserta Terbaik Setiap Kategori Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1439 Hijrah.

 

Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah juga berkenan mengurniakan hadiah-hadiah kepada para pemenang Musabaqah Menghafaz Al-Quran berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1439H / 2018M.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07